Johan As'ari Bergambar Di Kubur Terima Padah - Berita Hiburan | mStar

Johan As'ari Bergambar Di Kubur Terima Padah

Diterbitkan: Jumaat, 15 Disember 2017 4:41 PM

Tindakan Johan (kanan) bergambar di sebuah tanah perkuburan ketika pengebumian sedang dilakukan mendapat kritikan orang ramai.

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN pelakon Johan As'ari memuat naik sekeping gambar swafoto di sebuah tanah perkuburan mengundang kecaman pengguna Instagram.

Gambar yang dimuat naik pada Khamis itu memaparkan Johan dan seorang lagi individu merakamkan gambar mereka sewaktu upacara pengebumian sedang dijalankan.

"Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Arwah Yahya bin Ismail.

"Sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-fatehah," tulis Johan pada kapsyen foto itu.

Namun, foto berkenaan mengundang kritikan segelintir individu yang menganggap perbuatan tersebut tidak menghormati keluarga si mati.

Antara komen yang diterima Johan kerana perbuatannya melakukan swafoto di kubur.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Tapi perlu ke selfie? Macam tak sesuai je," tulis @ina_metty.

"Innalillah. Tapi menurut pandangan saya, lebih baik jenguk liang lahad dari berselfie. Tak salah nak ambil gambar tapi macam tak mengikut adab," tulis @azhanicn_21.

"Bodoh dekat kubur pun nak selfie," tulis seorang lagi pengguna Instagram, @_azzmofficial.

Namun, ada juga individu yang menegur semula mereka yang melemparkan kritikan terhadap tindakan pelakon Juvana itu.

"Tak baik menegur secara begitu . Islam mengajar kita bertegur untuk menyedarkan, bukan untuk memalukan," tulis @nuramiraiyanie

Kontroversi artis merakam foto di tanah perkuburan bukanlah satu isu baru.

Pada Oktober lalu, pelakon Iqram Dinzly, turut menerima kecaman serupa kerana bergambar di kubur arwah bapanya.

Tindakan Iqram itu mendapat perhatian ramai yang mengecam dan menganggap pelakon itu sudah tidak waras.

Jasmin Hamid pada Ogos 2016 turut dikritik pengguna media sosial kerana merakam foto dia menziarahi kubur ayahnya.

Selain Iqram dan Jasmin, Farish Aziz juga pernah dikecam teruk kerana bergambar di atas kubur sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 2014.

Tags / Kata Kunci: Johan As'ari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan