Penyampai Suria FM Bakal Menari

Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 6:00 AM

Barisan penyampai Suria FM iaitu Brian Chen (dari kanan), Suraya, Tyzo, Fizi Ali, DJ Lin dan Bob.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gimik tarian yang akan dipersembahkan oleh penyampai Suria FM antara kelainan dan tarikan dalam konsert besar-besaran Suria FM sempena ulang tahun ke-10 mereka.

Pengurus program, DJ Lin berkata, kesemua penyampai sudah membuat latihan sejak dua minggu lalu sebagai persiapan untuk konsert yang bakal berlangsung pada 16 Disember ini di Darulaman Park, Jitra, Kedah.

"Kita bakal memberi kelainan iaitu tarian daripada semua penyampai dan kami sudah berlatih setiap malam dengan anggota De'Fam Cik Manggis.

"Ia bukan mudah kerana kami terpaksa memberi komitmen seratus peratus bagi melakukannya dengan betul dan ia bukan main-main," ujarnya kepada mStar Online.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 40, ditemui pada sidang media Konsert Suria FM sempena ulang tahun ke-10 di sini pada Selasa.

Kelihatan Pengerusi, Star Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse (enam dari kiri) bersama mereka yang terlibat dalam sidang media Konsert 10 Tahun Suria FM.

Tambahnya, dua penyampai iaitu Zulin Aziz dan Tyzo juga bakal membuat persembahan dengan menyanyikan lagu terbaharu mereka.

Antara penyampai lain Suria FM ialah Fizi Ali, Bob Ringgo, Brain Chen, Suraya Borhan dan Halim Othman.

Sementara itu, sembilan artis popular baharu dan lama bakal beraksi pada malam tersebut.

Antaranya ialah Datuk Awie, Bunkface, Black, Tomok, Hazama, Aiman Tino, Azlan & The Typewriter, De'Fam dan Wany Hasrita.

Dalam pada itu, DJ Lin berkata, pihaknya menyasarkan seramai 30,000 pengunjung datang konsert percuma itu.

"Pemilihan artis bersesuaian dengan penduduk di Jitra, kita ada artis baru dan lama yang popular dan mempunyai peminat tersendiri.

"Kawasan tersebut pula boleh memuatkan kira-kira 30,000 pengunjung dan kami berharap ramai yang datang bukan sahaja penduduk di kawasan itu tetapi dari tempat lain," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: DJ Lin , Suria FM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan