Maaf Orang Kuching, Haqiem Rusli Tangguh Konsert

Diterbitkan: Selasa, 12 Disember 2017 1:04 PM

Haqiem terpaksa tunda konsert di Kuching, Sarawak pada bulan Mac tahun depan. Foto Instagram: @haqiemrusli98_.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Haqiem Rusli terpaksa menangguhkan konsertnya di Kuching, Sarawak yang sepatutnya berlangsung pada 22 Disember ini.

Pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli, 18, berkata, konsert itu akan berlansung pada Mac tahun depan iaitu selepas Anugerah Juara lagu ke 32 (AJL32) yang akan diadakan pada bulan Februari.

"Konsert tersebut tidak dibatalkan tapi hanya ditunda pada bulan Mac tahun depan.

"Saya minta maaf sangat pada peminat di Kuching, Sarawak. Terpaksa tangguh sebab saya nak fokus pada Anugerah Juara Lagu 32.

Haqiem memuat naik status memohon maaf pada peminatnya di Kuching.

"Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan umumkan tarikh bila konsert itu akan diadakan," kata Haqiem ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Haqiem diminta mengulas status beberapa orang pengikut dia di laman Twitter yang bertanyakan tentang tiket konsertnya itu.

Lagu Tergantung sepi nyanyian Haqiem akan bersaing dengan 11 buah lagu lagi di pentas AJL32.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Segalanya ini menjanjikan yang terbaik buat peminat yang datang untuk konsert Haqiem Live In Kuching.

"Konsert ini akan jadi yang terbaik sebab ini bukan macam persembahan yang biasa-biasa sahaja.

"Saya janji akan menyanyi banyak lagu dan peminat dapat luangkan masa dengan saya lebih lama," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Haqiem Rusli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan