UNIC Buat Pembaharuan Tarik Peminat Baru

Diterbitkan: Isnin, 11 Disember 2017 6:10 AM

Fakhrul (dari kiri), Bazli dan Najdi mahu lebih dekat dengan peminat mereka. Foto: SHAARI CHEMAT.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN nasyid, UNIC perlu melakukan sesuatu kelainan dan pembaharuan setelah 15 tahun berada di dalam indutsri muzik.

Menurut Bazli atau nama sebenarnya Bazli Hazwan Che Osman, 33, berkata mereka mahu menarik lebih ramai peminat baru yang datang dari pelbagai latar belakang.

"Sebenarnya dah 15 tahun UNIC dalam industri perlu keluar mencari pengikut yang baru dan tempat yang baru.

"Takkan selama itu masih nak buat persembahan di masjid dan surau sahaja. Baru-baru ini kami ada membuat cabaran makan maggi Samyang di laman sosial.

"Alhamdulillah menerima sambutan. Ia salah satu cara UNIC untuk mencari peminat dan sahabat yang baru yang bukan hanya ustaz dan ustazah," kata Bazli kepada mStar Online.


UNIC perlu melakukan perubahan selepas menjuarai Gema Gegar Vaganza musim pertama pada Mei lalu.

UNIC dianggotai tiga orang iaitu Bazli, Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin, 31, dan Najdi atau Wan Najdi Wan Mohd Noh, 26.

UNIC ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaru mereka bersama Caprice berjudul Sedar di Academia Cafe & Bistro, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Tambah Fakhrul lagi, pemilihan penyanyi rap Caprice menerusi single terbaru mereka juga antara salah satu cara untuk menarik peminat daripada golongan anak muda.

"Kami lihat Caprice seorang yang berpengaruh dan aktif di laman sosial. Peminat dia pun ramai daripada golongan anak muda.

Kolaborasi pertama UNIC dan Caprice menerusi lagu Sedar.

"Memang sesuai sebab kami mencari penyanyi rap seperti itu yang boleh dekat dengan peminat UNIC.

"Pengikut kami di laman sosial juga dalam lingkungan umur dari 18 hingga 24 tahun," ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Najdi pula, biarpun mereka melakukan perubahan tersebut namun masih mengekalkan isi persembahan yang sama.

Bagi mereka, peminat sekarang lebih suka persembahan yang santai berserta ada eleman lawak jenaka.

"Bila waktu membuat persembahan kami masih mengekalkan maklumat tentang agama Islam, cerita tentang rasul-rasul.

"Tapi dalam masa yang sama perlu ada selit punch line yang kelakar. Sebab sekarang orang lebih suka yang santai. Kena ada lawak," kata Najdi. 

Tags / Kata Kunci: UNIC , Caprice , Sedar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan