Foto Seksi, Tasha Shilla Dikecam Lagi - Berita Hiburan | mStar

Foto Seksi, Tasha Shilla Dikecam Lagi

Diterbitkan: Ahad, 10 Disember 2017 12:00 PM

Netizen menganggap Tasha sengaja menimbulkan kontrolversi untuk meraih populariti. Foto Instagram: @tashashilla.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Tasha Shilla sekali lagi mendapat perhatian gara-gara memuat naik foto memakai seluar pendek paras punggung dan baju yang menampakkan bahagian bahu di laman Instagramnya.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 30, yang berkongsi foto tersebut dengan kapsyen memaklumkan dia ingin bercuti di pantai menerima kecaman daripada netizen.

"Saya perlukan vitamin laut. Tiba masa untuk berjemur di bawah matahari," kata Tasha.

Rata-rata netizen menganggap pelakon wanita tersebut sengaja menimbulkan kontrolversi yang sama untuk menaikkan semula popularitinya

"Sudah lama tak masuk berita panas. Sesekali nak naik rating semula dia buat lagi.

"Lama dah sendu! Masuk gambar seksi esok terkenal balik," tulis netizen di Instagramnya.

Foto yang dikongsi Tasha Shilla ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengikut di laman sosialnya menyelar semula netizen yang hanya suka mengecam artis.

Mereka berpendapat bahawa artis juga seorang manusia dan berhak untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa.

"Artis pun manusia juga dan mereka ada hak untuk jalani kehidupan mereka dan berseronok, buat salah, buat apa yang dia nak, pakai apa yang dia nak pakai.

"Orang-orang Melayu ini tak boleh bagi orang lain hidup langsung. Ada saja yang mereka nak kecam. Kesian sungguh dekat mereka.

"Biarlah dia, Instagram dia yang korang nak kecam dia, baik unfollow saja dia. Sampai masa nanti berubah la dia," komen pengikut Tasha.

Sebelum ini, Tasha pernah dikecam kerana berpakaian seksi sewaktu menghadiri perasmian sebuah sebuah majalah fesyen dari Perancis pada 2015.

Pada tahun lalu sekali lagi nama Tasha menjadi perhatian apabila tersebarnya sekeping foto separuh bogel yang didakwa miripnya.

Namun, Tasha mengambil langkah berdiam diri dan telah membuat laporan polis mengenai isu tersebut.

Tags / Kata Kunci: Tasha Shilla
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan