Mia Ahmad Sahkan Keguguran - Berita Hiburan | mStar

Mia Ahmad Sahkan Keguguran

Diterbitkan: Sabtu, 9 Disember 2017 6:30 AM

Mia dan Izham berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Impian aktres Mia Ahmad memiliki cahaya mata pertama selepas berkahwin dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi tidak kesampaian apabila disahkan keguguran.

Bagaimanapun, Mia, 29, yang kini sedang bercuti di London belum bersedia untuk berkongsi berita sedih tersebut kepada umum.

"Ya, betul saya keguguran. Tapi bila, kenapa dan lain-lain soalan lagi saya tidak dapat kongsi buat masa sekarang. Maaf ya," ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Mia diminta mengulas tentang beberapa foto dan kata-kata sedih yang dimuat naik di laman sosial.

Selain itu, salah satu foto suaminya mendapat perhatian ramai apabila Mia memberitahu dia tidak dapat menolak qada dan qadar Allah.

Malah, dia turut muat naik sebuah video yang memberitahu produk kesihatan yang diambilnya itu bukan sahaja bagus kepada wanita lepas bersalin tetapi juga untuk individu yang mengalami keguguran sepertinya.

Dalam pada itu, Mia mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan yang terbaik buat dia dan suami.

"Cakap yang baik-baik, bahagian masing-masing dan ini bahagian kami. Kepada yang mendoakan, terima kasih. Semoga kebaikan juga yang Allah balas," ujarnya.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Tags / Kata Kunci: Mia Ahmad , JDT , Izham Tarmizi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan