Aqasha Jawab Tuduhan Tak Promosi Drama - Berita Hiburan | mStar

Aqasha Jawab Tuduhan Tak Promosi Drama

Diterbitkan: Selasa, 5 Disember 2017 6:20 AM

Aqasha pelakon drama bersiri Misi Laksa & Laksam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon utama Misi Laksa dan Laksam, Aqasha menyangkal dakwaan tidak pernah membantu mempromosikan drama bersiri itu di laman sosial miliknya.

Jelas Aqasha, drama yang sedang ditayangkan di TV3 itu adalah siaran ulangan kerana ia terlebih dahulu disiarkan menerusi platform digital pada awal tahun ini.

"Itu sebenarnya drama lama dan sebagai pelakon saya sudah membantu mempromosikan projek lakonan saya di laman sosial.

"Misi Laksa dan Laksam adalah projek melibatkan saya sebagai pelakon dan sudah tentu saya war-warkan kepada peminat.

"Apabila ia ditayangkan di televisyen saya terus dituduh tidak promosi. Jujurnya ia bukan lagi tanggungjawab saya," katanya.

Baru-baru ini penerbit drama, Fadzil Teh memuat naik status di Facebook menyatakan raa kecewa terhaadap sikap pelakon drama itu yang tidak membantu mempromosikan drama itu di laman sosial mereka.

Aqasha.

Fadzil dalam status sama memberitahu enggan lagi bekerjasama dengan pelakon itu kerana tidak mahu menyokong produk lakonannya dan hanya mahu bayaran mahal.

Walaupun tidak menyatakan secara tepat pelakon dimaksudkan, tindakan Aqasha memuat naik status di Facebook seolah-olah menjawab isu dibangkitkan Fadzil.

"Bukan produser je boleh ada kontrak. Pelakon pun boleh buat. Kau bayar aku lambat sehari, aku charge 5 peratus interest.

"Baru dia tahu menggelupur nak cepat. Time offer, call macam esok kiamat. Time bayar, dia yang kiamat," tulisnya.

Dalam pada itu, Aqasha berkata, tidak adil dia terus dipersalahkan kerana tugas mempromosikan produk tidak pernah dinyatakan dalam kontrak tawaran lakonan.

Kata Aqasha, drama tersebut bukan produk miliknya sekaligus tanggungjawab promosi bukan dibahunya dan apa dilakukan adalah atas dasar membantu.

"Kalau bercakap soal profesionalisme saya hanya dibayar untuk kerja lakonan. Lainlah kalau dinyatakan secara jelas dalam kontrak saya perlu buat promosi dan sebagainya.

"Ia bukan tanggungjawab saya tetapi sebagai pelakon saya sudah beri kerjasama dan komitmen seratus peratus ketika di set penggambaran," ujarnya.

Sementara itu, Aqasha berkata, dia tidak mahu memanjangkan isu itu kerana sebelum ini dia tidak pernah membuka mulut mengenai masalah yang berlaku di belakang tabir.

Tags / Kata Kunci: Aqasha
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan