Norshila Amin Angkat Sumpah Laknat Isu Tipu Duit Artis

Diterbitkan: Isnin, 4 Disember 2017 6:58 PM

Norshila Amin ditemani dua anak perempuannya iaitu Nurrul Admiena Norrizan (kiri) dan Nurrul Nadia Norrizan (kanan) ketika mengangkat sumpah laknat. Foto RICKY LAI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an, Norshila Amin pada Isnin mengangkat sumpah laknat sebanyak lima kali bagi menyangkal fitnah berhubung dakwaan dia menipu wang milik lapan orang selebriti yang terlibat dalam sebuah festival di Brunei pada April lalu.

Norshila, 53, berkata, sumpah laknat itu turut dibuat bagi menafikan dakwaan pelakon Lana Nodin yang didakwa antara pihak yang menyebarkan fitnah itu sehingga mendatangkan malu kepada penyanyi itu dan keluarganya.

Anak perempuan yang juga pembantu Norshila iaitu Nurrul Admiena Norrizan, 33, turut mengangkat sumpah sama bagi membersihkan namanya daripada fitnah itu.

"Bersaksikan Al-Quran, saya dan anak-anak mengangkat sumpah laknat bagi membersihkan nama kami yang telah difitnah.

"Apa yang saya lakukan ini semata-mata kerana Allah dan sekiranya tidak benar apa kami katakan, kami reda dengan kemungkaran Allah," katanya.

Admiena turut mengangkat sumpah laknat.

Norshila ditemui pada sidang media khas yang diadakan bagi menjelaskan mengenai fitnah tersebut selain insiden dia dilaporkan bertengkar dengan Lana pada sebuah festival beli-belah di Singapura dua minggu lalu.

Sementara itu, Norshila memberitahu terkejut apabila pengacara Roslan Shah tiba-tiba campur tangan dalam isu pergaduhannya dengan Lana menerusi beberapa siri siaran langsung di Facebook.

Kata Norshila, dia tidak pernah mengaitkan Roslan dalam apa juga situasi berhubung insiden itu sehingga menyebabkan isu itu semakin panas.

"Saya akui wujud pertengkaran dengan Lana tetapi semasa kami bergaduh baik saya atau Lana langsung tidak menyebut atau mengaitkan namanya.

"Roslan tiada di tempat kejadian jadi saya tidak tahu siapa dan bagaimana dakwaan pergaduhan kami itu sampai ke telinganya," jelasnya.

Norshila kecewa difitnah menipu wang milik artis lain.

Norshila turut meminta Roslan agar tidak lagi memuat naik sebarang video atau bercakap mengenai insiden itu yang jelas tiada kaitan dengan dirinya.

Ekoran itu, Norshila berkata, dia telah pun membuat laporan polis terhadap Lana dan Roslan berhubung kenyataan fitnah dilemparkan terhadap mereka sekeluarga.

Selain itu, pihaknya tetap akan menggunakan saluran undang-undang bagi menyelesaikan isu itu namun tetap terbuka bagi ruang untuk berbincang sekaligus menyelesaikan kemelut itu secara baik.

"Saya sekeluarga ingin memaklumkan kami tidak menuntut permohonan maaf daripada Lana atau Roslan, rakan peniaga dan artis yang menyebar fitnah tersebut selain mereka yang mengutuk dan mengeji.

"Kami menuntut mereka sama-sama mengangkat sumpah laknat supaya membenarkan kata-kata mereka adalah benar dan sekiranya tidak benar laknat Allah akan jatuh kepada mereka.

Norshila terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan kemelut melibatkannya dengan Lana.

"Bagaimanapun saya tetap buka ruang untuk berbincang secara baik dan bermaaf-maafan selain menyelesaikan perkara ini dengan baik," katanya.

Mengulas mengenai insiden pergaduhan dengan Lana, Norshila berkata dia tidak pernah menendang troli seperti didakwa Lana sebaliknya hanya menguis troli itu dan bukannya berniat untuk mencari masalah.

Malah Norshila menyangkal dakwaan tindakannya itu kerana perasaan hasad dengki dalam perniagaan sebaliknya tindakannya itu bagi mengelakkan troli yang memasuki ruang gerainya dilanggar oleh orang lain yang boleh menyebabkan barangan dipamerkan terjatuh.

"Saya mengakui menguis troli itu dan bukannya menendang malah tidak menengking pekerjanya yang menjaga gerai tersebut.

"Apabila Lana berhadapan dengan saya mengenai perkara itu kami ke belakang gerai untuk berbincang dan di situ juga saya bertanya mengenai fitnah yang bertebaran tentang saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Norshila Amin , Lana Nodin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan