“Rahsia Perkahwinan Permintaan Suami” - Izreen Azminda - Berita Hiburan | mStar

“Rahsia Perkahwinan Permintaan Suami” - Izreen Azminda

Diterbitkan: Ahad, 3 Disember 2017 8:42 PM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Izreen Azminda menjelaskan punca dia merahsiakan pernikahannya dengan pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude kerana atas permintaan suaminya itu.

Izreen, 32, menjelaskan perkara itu menerusi Instagram peribadinya bagi menjawab spekulasi mengenai perkahwinannya dengan Ude yang juga sudah beristeri dan mempunyai dua anak pada petang Ahad.

"Memandangkan status saya sebagai isteri, saya terpaksa akur dgn permintaan suami.

"Suami minta supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua saya," tulisnya.

Izreen dan Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude, 29, bernikah di Sunway Damansara, Selangor, pada 8 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Izreen memohon maaf kerana tidak memaklumkan mengenai perkahwinan ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap dirinya.

"Saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini.

"Saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya," katanya.

Sementara itu, pelakon ini turut memohon supaya netizen tidak membuat andaian berhubung isu ini.

Tambahnya lagi, dia tidak perlu menunjukkan bukti kebenaran dan hanya mahu melayari alam rumah tangga dengan bahagia.

"Saya harap hentikanlah sebarang kenyataan yang anda sendiri tidak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga kami dan jangan cepat menjatuhkan hukum dengan apa yang anda baca dan lihat.

Izreen mempunyai seorang anak hasil perkahwinan sebelum ini yang dinamakan Muhammad Adrian Umar.

"Saya tidak perlu mencari bukti untuk menunjukkan kebenaran kerana kebenaran yang sebenar akan datang dengan sendiri, biar masa yang menentukan.

"Cukuplah hanya doa yang terbaik dari anda semua dan semoga segalanya dipermudahkan buat saya suami dan madu, Intan," tulisnya.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Manakala, Ude dan Intan Liana Salih telah berkahwin empat tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan.

Tags / Kata Kunci: Izreen Azminda
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan