“Kita Jumpa Nanti Sayang” – Nedim Nazri

Diterbitkan: Sabtu, 2 Disember 2017 12:22 PM

Nedim merindui anak kandungnya bernama Dre yang kini di bawah jagaan bekas isteri. Foto Instagram @boss_ned

(Ubah saiz teks)

SUAMI kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz meluahkan rasa rindu kepada anak kandungnya hasil perkahwinan pertama iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.

Nedim menerusi laman sosial Instagram memuat naik rakaman ucapan ulang tahun kelahiran Dre yang ke-6.

"Hari ini hari jadi Dre. Selamat hari lahir sayang Daddy. Kamu sudah besar sekarang. Daddy bangga dengan pencapaian kamu, yakinlah Daddy akan lawan untuk dapatkan hak kamu kembali kepada Daddy.

"Tiga bulan tak berhubungan dengan Daddy kerana disekat untuk bercakap dengan Daddy tapi jangan risau nanti kita akan sambut kembali hari lahir awak okay sayang. Daddy rindu kamu," tulisnya di akaun @boss_ned.

Nora Danish turut memuat naik status merindui Dre di Instagram. Foto Instagram @noradanish

Video yang di muat naik sejak semalam (Sabtu) itu mendapat lebih 200,000 tontonan dan lebih 700 komen daripada pengikut.

Turut kelihatan, pelakon Nora Danish dalam rakaman video tersebut.

Rata-rata pengikut laman tersebut turut menyatakan rindu kepada Dre dan berharap kanak-kanak lelaki tersebut diberi peluang untuk bertemu dengan bapanya.

"Selamat hari jadi Dre! Kamu sangat kuat Nedim! I must have been crying so badly. Insya Allah.. your right. Allah ada. Banyakkan berdoa. Rindu nak tengok Dre punya video!," komen azreenafzanHappy.

Nedim bersama Nora dan anaknya, Rayqal.

"Tengok video ni walaupun daddy bagi ucapan tak menangis tapi riak wajah dah tau dalam hati seorang ayah @boss_ned semoga kuat," tulis asikinarshadsedey.

"Allah... Aku yang jadi sebak. Aku yang bukan sesiapa ni pun rindu pada Dre. Apatah lagi ayahnya. Semoga Allah permudahkan semuanya. Semoga Dre cepat-cepat dapat jumpa ayah ya!," tulis faizamarazlen pula.

Nedim sebelum ini pernah berkahwin dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai pada 2013.

Dia kemudian berkahwin dengan Nora pada 30 Mac lalu selepas tiga tahun bercinta. Nora sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki Putera Rayqal berusia lapan tahun.

Tags / Kata Kunci: Nedim Nazri Aziz , Nora Danish

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan