Shahrol Hanya 3 Bulan Bersama Suria FM - Berita Hiburan | mStar

Shahrol Hanya 3 Bulan Bersama Suria FM

Diterbitkan: Isnin, 27 November 2017 12:51 PM

Shahrol Shiro enggan sambung kontrak bersama Suria FM.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas tiga bulan berkhidmat sebagai penyampai segmen Suria Pagi, pelawak Shahrol (Shiro) tidak lagi bersama stesen radio Suria FM berkuat kuasa 10 Oktober lalu.

Menerusi satu kenyataan kepada mStar Online, pihak Suria FM memaklumkan Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 33, memutuskan untuk tidak menyambung kontrak biarpun ditawarkan dengan bayaran lebih tinggi.

"Kontrak Shahrol bersama Suria tamat pada 10 Oktober 2017 namun dia memilih untuk tidak menyambung kontraknya walaupun ditawarkan gaji yang berlebihan dari kontrak sebelum ini," ujar jurucakap itu.

Shahrol mengendalikan segmen Suria Pagi dari pukul 5 hingga 10 pagi, bergandingan dengan Zulin Aziz dan Fizi Ali bermula 10 Julai lalu.

Sementara itu, pihak Suria FM menerima keputusan yang dibuat pelawak berkenaan dalam mengembangkan kerjayanya sebagai penghibur.

Shahrol  (kiri) bersama Zulin dan Fizi Ali.

Tags / Kata Kunci: Shahrol Shiro , Suria FM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan