Shaheizy Sam Masih Jaga Hati Isteri

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 6:10 AM

Shaheizy Sam sentiasa berhati-hati dalam lakonan terutama dalam menjayakan babak romantik bagi menjaga hati isterinya, aktres Syatilla Melvin. Foto Instagram @samtilla & The Star SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PELAKON Shaheizy Sam memberitahu dia masih mempunyai batasan dalam melakonkan babak romantik dalam sebuah filem demi menjaga hati isteri, Syatilla Melvin.

Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad, 35, berkata, babak mesra yang dilakonkan bersama Ayda Jebat menerusi filem Pinjamkan Hatiku adalah tidak berlebih-lebihan.

"Saya cuba bawa watak itu dengan baik, namun ia tidak berlebihan dan saya anggap lakonan romantik dalam filem berkenaan masih boleh diterima.

"Saya masih jaga hati isteri dan dia juga patut faham dengan kerjaya suaminya sebagai pelakon.

"Perkara ini kami sudah bincang awal-awal lagi," ujarnya ketika ditemui selepas pratonton filem Pinjamkan Hatiku, pada Selasa.

Shaheizy Sam menerima pandangan terbuka mengenai lakonannya.

Sam diminta mengulas tentang beberapa babak romantik seperti berpelukan dan dukung bersama pelakon gandingannya Ayda Jebat dalam filem terbabit.

Filem arahan Osman Ali itu turut membariskan pelakon Farid Kamil dan Lia Natalia.

Dalam pada itu, ditanya tentang pandangan netizen terhadap perkara berkenaan, Sam berkata, dia menerima sebarang pandangan secara terbuka.

"Saya ambil setiap pandangan yang baik secara terbuka dan jika perkara itu boleh membaiki lakonan saya akan terima. Jika sekadar komen negatif saya tidak layan," ujarnya.

Sementara itu, Syatilla yang turut menemani suaminya pada majlis tersebut berkata, dia memahami kerjaya suaminya itu.

Ayda Jebat gandingan Sam dalam Pinjamkan Hatiku.

Katanya, dia yang juga seorang pelakon menganggap pekara itu sebagai satu tanggungjawab.

"Saya pelakon jadi saya faham, jika mungkin kalau saya orang luar ada juga sedikit terasa. Pada saya sebagai pelakon dia memang kena buat.

"Saya tiada masalah dan faham tentang keadaan itu," ujarnya.

Tambah Syatilla, suaminya tidak pernah bercerita tentang babak-babak romantik yang dilakonkannya bagi mengelak rasa kurang senang.

"Dia seorang yang sangat menjaga hati saya, jika ada perkara yang dia rasa saya akan terasa hati atau cemburu dia tidak akan bercerita," ujarnya.

Pengarah Pinjamkan Hatiku, Osman Ali.

Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan anak lelaki pada 9 Mei 2017. 

Dalam pada itu, bercerita tentang cabaran dalam filem berkenaan, Sam berkata, dia kurang berpuas hati dengan berat badannya dalam filem berkenaan.

Katanya, dia berjaya menurunkan sebanyak lapan kilogram berat badan semata-mata untuk filem itu.

"Saya diberi tempoh dua bulan untuk menurunkan berat badan dan Alhamdulillah berjaya turunkan berat sebanyak lapan kilogram menjadikan berat saya ketika itu 56 kilogram.

"Bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati, ia sepatutnya 50 kilogram," ujarnya.

Antara pelakon yang terlibat dalam filem Pinjamkan Hatiku.

Filem Pinjamkan Hatiku mengisahkan Ia berkisarkan tentang cinta tiga segi antara Laila, Naufal dan Hasnan.

Laila berhadapan dilema apabila tidak tahu sama ada mahu menerima cinta kawan lamanya, Naufal atau Hasnan iaitu doktor yang merawatnya.

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia bermula 30 November ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan