Isyana Sarasvati Hanya Ada 4 Kawan

Diterbitkan: Khamis, 23 November 2017 6:00 AM

Isyana Sarasvati mengakui dia gemarkan aktiviti lasak. Foto ROHAIZAT DARUS

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Indonesia, Isyana Sarasvati mendedahkan di sebalik kelembutan penampilannya, tersembunyi sifat maskulin yang tidak diketahui ramai.

Isyana, 24, berkata, dalam kalangan sahabat perempuannya, hanya dia sahaja yang bersifat kelelakian dan kasar.

"Dalam kalangan teman, saya yang paling kasar. Duduk pun kadang-kadang terkangkang, tidak seperti perempuan biasa.

"Selepas membuat persembahan, saya juga suka menghabiskan waktu dengan bermain permainan video playstation.

"Saya memang begitu, dari luar nampak ayu tapi perangai macam tomboi sebenarnya," ujarnya secara berseloroh kepada mStar Online.

Isyana memberitahu dia seorang wanita yang ringkas.

Dia ditemui sewaktu sesi temuramah bersama media di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Dalam Jiwa ini, dia juga tidak mempunyai ramai kawan kerana lebih suka mengabiskan masa dengan belajar muzik sejak zaman kanak-kanak.

Disebabkan itu, dia hanya mempunyai empat kawan rapat sahaja sepanjang hidupnya.

"Kalau kanak-kanak lain suka bermain lepas balik sekolah, saya lebih suka berkurung untuk mendengar muzik dan belajar piano.

"Sebab itu sampai sekarang saya tidak ada ramai kawan. Yang betul-betul kawan cuma empat orang sahaja," ujarnya.

Isyana popular menerusi lagu Tetap Dalam Jiwa.

Dia kini dalam rangka promosi album keduanya yang berjudul Paradox. 

Menurut penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia ini, lagu dan lirik dalam album berkenaan banyak berkisar mengenai dirinya sendiri. 

"Album Paradox mengandungi 10 lagu yang kebanyakannya dicipta berdasarkan emosi, pengalaman dan karakter saya sendiri. 

"Apa yang lebih istimewa, saya bekerjasama dengan beberapa penerbit muzik antarabangsa dari Sweden untuk penghasilan album ini," katanya lagi. 

Isyana turut berharap agar single pertama dari album Paradox yang berjudul Terpersona bakal mendapat tempat di hati peminat seperti lagu-lagunya yang terdahulu.

Tags / Kata Kunci: Isyana Sarasvati , Tetap Dalam Jiwa

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan