Zizie Dedah Hamil Kembar Secara ‘Natural’ - Berita Hiburan | mStar

Zizie Dedah Hamil Kembar Secara ‘Natural’

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 5:19 PM

Zizie Ezette hamil tanpa kaedah rawatan kesuburan. FOTO: Instagram Zizie

(Ubah saiz teks)

PELAKON Zizie Ezette menjelaskan bahawa dia hamil secara semula jadi tanpa mendapatkan sebarang rawatan kesuburan (IVF). 

Zizie, 39, berkata, dia juga tidak mengamalkan sebarang ubat, petua atau makanan tambahan untuk memudahkan kehamilan. 

"Ramai yang mesej saya secara peribadi untuk bertanya petua mengandung daripada saya dan jika saya ada makan ubat subur atau makanan tambahan untuk hamil 

"Saya tidak keberatan untuk kongsi dengan semua jika benar saya melakukannya.  Namun saya hamil secara semula jadi tanpa sebarang rawatan," ujarnya menerusi laman Instagram pada Rabu.

Zizie tidak berasa segan berkongsi pengalaman hamilnya.

Tambah Zizie, sebelum ini juga, dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah untuk hamil. 

Namun, menganggap belum dikurniakan rezeki seperti pasangan berkahwin lain. 

"Sebelum ini, doktor tidak pernah beritahu saya ada masalah untuk hamil, cuma saya percaya rezeki itu masih belum ada. 

"Kepada sesiapa yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, saya harap jangan putus asa," ujarnya. 

Zizie yang hamil bayi kembar itu berkata, usia kandungannya kini memasuki tujuh bulan dan boleh melahirkannya pada bila-bila masa dari sekarang. 

Pelakon Hero Seorang Cinderella itu berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, pada Disember 2009.

Tags / Kata Kunci: Zizie Ezette

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan