Shahir Hilang Lagi?

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 6:20 AM

Shahir mengambil pendekatan berdiam diri berhubung kontroversi melanda dirinya.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Shahir Zawawi nampaknya kembali 'menghilang' selepas seorang lelaki mendakwa dia gagal menjelaskan hutang sewa sebuah kereta mewah berjumlah RM24,000 pada awal November lalu.

Diburu media bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan itu, Shahir, 29, bagaimanapun mengambil langkah berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kontroversi melandanya.

Pernah berjanji untuk terus kekal aktif dalam bidang seni, Shahir bagaimanapun nampaknya sekali lagi 'hilang' dan perkara itu membimbangkan peminatnya.

Ke mana Shahir menghilang? Itu antara persoalan yang diajukan peminat di Instagram peribadinya, @shahirzawawi88 menereusi gambar terakhir di muat naik peserta program AF Megastar itu sebulan yang lalu.

Ramai membuat rumusan Shahir merajuk dan kembali menyepikan diri seperti sebelum ini kerana beberapa insiden kontroversi melanda dirinya.

Antara komen ditinggalkan peminat di Instagram Shahir menerusi gambar terakhirnya pada 22 Oktober lalu.

"Tak kemas kini Instagram ke tuan tanah? Takkan hilang lagi kot?

"Masa Af Megastar setiap hari promosi dan undi Shahir tapi sekarang tuan tanah pun tak balas pertanyaan di Instagram," antara komen ditinggalkan peminat.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada Shahir agar tidak mudah cepat putus asa dan menyeru agar dia tidak meninggalkan bidang nyanyian seperti sebelum ini.

"Shahir jangan hilang lagi ya. Peminat semua rindu.

"Kuatkan semangat anda dan jangan cakap bukan-bukan mengenainya, berilah dia ruang dan peluang untuk selesaikan masalah. Jangan memaksa, kesian dia," tulis seorang peminat.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Mona Syamimi mendedahkan hubungannya dengan Shahir namun penyanyi itu menafikan perkara itu.

Tags / Kata Kunci: Shahir Zawawi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan