‘Sweet’ Sangat Pun Kena - Ajak

Diterbitkan: Rabu, 22 November 2017 6:00 AM

Ajak Shiro kerap berkongsi foto bersama isteri di laman sosial. Foto Instagram @ajakshiro

(Ubah saiz teks)

PELAWAK Ajak Shiro mengakui lebih selesa tidak terlalu menonjolkan kehidupan keluarganya kepada masyarakat.

Menurut Ajak atau nama sebenar Mohamad Hanaffi Razak, dia berasakan tidak semua hal berkaitan keluarga perlu dikongsi kerana isteri dan anak-anak bukanlah selebriti yang perlu diberi tumpuan.

"Sejujurnya, saya memang tak pernah berahsia tentang keluarga, cumanya kalau boleh tak nak tonjolkan mereka terlalu kerap.

Ajak beranggapan tidak semua hal berkaitan keluarga perlu dikongsi dilaman sosial. Foto CHAN TAK KONG

"Ini kerana saya yang bekerja dalam industri dan bukan mereka, jadi tak perlulah kisah mereka sahaja menjadi paparan umum.

"Sikit-sikit dekat Instagram tu bolehlah, nanti kalau tunjuk sweet sangat dengan isteri pun kena kecam!," katanya kepada mStar Online.

Ajak ditemui pada tayangan perdana filem Rempit Sampai Langit di MM Cineplexes eCurve di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Selain Ajak Shiro, filem tersebut turut dibintangi oleh Nabila Huda, Reen Rahim, Cristina Suzanne dan Tauke Jambu.

Filem arahan pengarah Silver dan diterbitkan oleh Suhan Movies itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 November ini.

Barisan pelakon filem Rempit Sampai Langit.

Ajak dan Nur Afifah Amin dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Jad Thaqif berusia 7 tahun, Mohd Had Thaqif, 4, dan Nada Soffea, 2 tahun.

Dalam pada itu, Ajak berkata dia sudah lali dengan kecaman netizen di laman sosial dan memilih untuk tidak ambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilontarkan mereka.

Baginya, kecaman yang diterima itu membuatkan dia lebih kuat dalam menempuh cabaran sebagai anak seni.

"Masa mula-mula jadi artis dulu, terasa hati juga apabila dikecam netizen, sampai teringat-ingat dalam mimpi.

"Tetapi, lama-kelamaan saya rasa dah biasa dan tak kisah tentang hal itu. Lagi pula sekarang ada media sosial, memang tak boleh elak dengan kecaman," katanya.

Ajak bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Sementara itu, pelakon berusia 31 tahun ini turut mendedahkan ada menerima foto bogel daripada individu tidak dikenali di laman sosial, baru-baru ini.

Perbuatan tidak bermoral itu dimaklumkan oleh isterinya yang mengendalikan laman tersebut.

"Isteri saya beritahu ada terima gambar bogel seorang wanita yang dihantar melalui mesej peribadi di Instagram.

"Terkejut apabila dapat tahu tentang itu, nasib baik dia yang jaga akaun itu, kalau tidak habislah saya," ceritanya.

Tags / Kata Kunci: Ajak Shiro

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan