Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 6:30 AM

Jaa dikritik kerana kegagalannya berbahasa Inggeris ketika menemubual Ed Sheeran.

(Ubah saiz teks)

PENYAMPAI radio Era FM, Jaa Suzuran mengakui berasa terguris hati dengan komen negatif netizen yang menganggap dia tidak layak untuk menemubual penyanyi antarabangsa Ed Sheeran berikutan tidak fasih berbahasa Inggeris (BI).

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23, berkata, biarpun kurang fasih, penyanyi antarabangsa itu faham dengan persoalan yang diajukan sepanjang sesi temuramah itu.

"Saya kecil hati dengan komen netizen yang menganggap saya tidak layak dan minta tugasan itu diberikan kepada orang lain yang lebih cerdik.

"Pada saya apa yang penting Ed Sheeran faham dengan soalan yang saya beri, malah dia juga terhibur sepanjang sesi temuramah itu berlangsung," ujarnya kepada mStar Online.

Jaa Suzuran Masuk Rumah Shah Rukh Khan

Jaa berkata demikian bagi mengulas tentang kritikan netizen terhadap video temuramahnya dengan penyanyi lagu Perfect ketika mengadakan konsert di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

Jaa pernah menemubual Ed Sheeran pada Februari lalu.

Kata Jaa, sesi temuramah itu berlangsung dengan baik, malah penyanyi itu sendiri senang dan meminta pengurusannya menonton temubual berkenaan.

"Saya pernah temuramah dia pada Februari lalu dan dia masih ingat. Dia panggil pihak pengurusannya untuk tonton rakaman itu sebelum kami bermula.

"Dia terhibur kerana temubual sebelum ini terlalu serius," ujarnya.

Bagaimanapun, Jaa berkata, dia mengambil berat tentang pengusaan bahasa itu dan berhasrat untuk belajar bahasa Inggeris bagi meningkatkan kemahiran komunikasinya.

"Bagus juga ada yang komen begitu, sekurang-kurangnya saya ada inisiatif untuk belajar bahasa Inggeris selepas ini.

"Buat masa ini saya belajar dengan Hanif Hamzah dan minta dia bercakap dalam bahasa Inggeris setiap hari dengan saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Jaa berkata, dia kini dalam perancangan untuk menemuramah pelakon antarabangsa iaitu Dwayne Douglas Johnson atau The Rock dalam rangka promosi filem terbaharu pelakon itu tidak lama lagi.

Jaa juga pernah menemubual pelakon Bollywood iaitu Shah Rukh Khan sebelum ini dan diberi penghormati mengunjungi rumah aktor itu.

Tags / Kata Kunci: Jaa Suzuran , Ed Sheeran

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan