Kewartawanan Hiburan Diangkat Dalam Akifma

Diterbitkan: Selasa, 21 November 2017 11:29 AM

Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib antara individu terlibat dalam menggerakkan penganjuran Akifma bagi mengangkat dunia kewartawanan hiburan negara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Industri kewartawanan hiburan di negara ini bakal diangkat dengan adanya penganjuran Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia (Akifma) 2017 pada Jumaat ini.

Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata acara yang julung kali diadakan itu merupakan satu penghargaan agensi itu kepada dunia kewartawanan dalam mendukung pembangunan industri filem tempatan. 

"Pihak Finas mahu memberi penghargaan kepada wartawan atas idea, usaha dan aspirasi mereka menerusi penganjuran sulung anugerah ini. 

"Ini kerana impak positif kewartawanan yang kritis dan kreatif secara jangka panjang amat penting bagi membantu kerajaan dalam pembinaan masyarakat yang cintakan industri filem," ujarnya menerusi satu kenyataan kepada mStar Online. 

Anugerah anjuran Finas ini bakal dijayakan dengan kerjasama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dan disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). 

Ia akan diadakan di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.

Fauziah Ahmad Daud akan menghangatkan malam Akifma, Jumaat ini.

Acara itu bakal memberi pengiktirafan melalui penganugerahan 12 kategori utama termasuk Anugerah Khas Tokoh Wartawan Hiburan. 

Pemilihan pemenang berdasarkan kepada penulisan dan laporan berkaitan industri filem tempatan dari 1 Januari 2016 sehingga 31 Oktober 2017. 

Malam anugerah yang menampilkan gandingan Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Abam (Bocey) sebagai pengacara ini juga bakal mempertemukan semula nama-nama besar dalam dunia penulisan kewartawan hiburan bermula era 80-an sehingga wartawan yang masih bertugas ketika ini.

Beberapa wartawan hiburan juga bakal membuat persembahan dalam acara berkenaan.

Antara penyampai  pada malam anugerah ialah Datuk Rosyam Noor, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Seri Shah Rezza dan tokoh wartawan hiburan seperti Saodah Ismail, Sarimah Husin dan Zubairi Zabidin. 

Pemenang Akifma 2017 bakal membawa pulang trofi, sijil dan wang tunai. 

Kategori Anugerah 

1. Anugerah Penulis Pojok Terbaik

2. Anugerah Wartawan Hiburan Muda 

3. Anugerah Khas Juri 1

4. Anugerah Khas Juri 2

5. Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem

6. Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik

7. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik ( Media Baharu)

8. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Televisyen)

9. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Cetak)

10.Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1

11.Anugerah Kewartawanan Cemerlang  2

12.Anugerah Tokoh Wartawan Hiburan

Tags / Kata Kunci: Akifma , WHAM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan