Baby Shima Beri Amaran!

Diterbitkan: Ahad, 19 November 2017 6:10 AM

Baby Shima tidak mahu peminat tertipu dengan akaun laman sosial palsu. Foto Instagram: babyshimaofficial

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Baby Shima berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mewujudkan akaun palsu menggunakan namanya.

Shima, 24, berkata, dia dan pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut jika dia terus menggunakan nama dan identiti dirinya.

"Shima tak pernah mempunyai akaun Facebook Baby Shima Fans Page dan orang yang menguruskan akaun ini menyamar diri sebagai Shima.

Peminat 'Jodohkan' Baby Shima, Khai Bahar

Laman Facebook peminat Baby Shima palsu yang mengakui dirinya sebagai pengendali.

"Pihak pengurusan Shima mempunyai bukti, laporan polis akan dibuat kerana ini merupakan satu kesalahan mewujudkan fans pages tanpa kebenaran. Malah, admin mengaku dia sebagai Baby Shima," tulisnya di akaun Instagram @babyshimaofficial.

Dalam pada itu, Baby Shima turut meminta orang ramai membantu melaporkan laman palsu yang menggunakan video dan audio miliknya di aplikasi Smule.

Malah, tegas peserta D'Academy Asia Musim Ketiga (DAA3) ini, dia hanya mempunyai satu akaun Smule atas nama babyshima.

Baby Shima tidak mempunyai akaun lain di laman Smule.

"Sila bantu shima laporkan akaun palsu yang menggunakan video dan audio dari akaun original Shima kerana Shima tidak ada akaun Smule lain.

"Shima dah buat laporan mengenai akaun palsu ini dan mohon maaf kepada semua peminat," katanya lagi.

Berdasarkan komen-komen pada postingnya di Instagram, rata-rata peminat dari negara seberang menyokong tindakan Baby Shima dan berharap individu tersebut segera menutup akaun palsu itu.

Baby Shima bersama Mas Idayu semasa rancangan D'Academy Asia musim ketiga di Indonesia.

Bukan itu sahaja, ada juga pengikut yang mengakui tertipu dengan akaun palsu tersebut dan hampir percaya ia milik penyanyi lagu Makan Hati ini.

"Karena iri dengan kepopuleran Shima membuat orang mencoba memanfaatkannya dengan cara tidak terpuji," komen @ajie4684.

"Saya tahu fans page ni Shima, semoga tak ada yang menjadi mangsa penipuan akaun palsu ini. Ayuh kita laporkan bersama," tulis akaun @dianrubensteinsYaaa.

Tags / Kata Kunci: Baby Shima

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan