Najwa Dikritik Rosakkan Lagu 'Seri Mersing'

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 6:30 AM

Najwa lancar duet bersama Imran Ajmain berjudul 'Sentiasa Merinding'.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Najwa Mahiaddin berkata usahanya untuk memberi pembaharuan terhadap lagu-lagu asli pernah dikritik dan dituduh cuba merosakkan lagu berkenaan.

Najwa berkata, dia yang pernah merakam semula lagu Seri Mersing dua tahun lalu berniat memberi nafas baharu yang moden dan membawa lagu itu bersaing di peringkat antarabangsa.

"Saya pernah dikritik ketika menyanyikan semula lagu asli Seri Mesring dengan cara lama tapi memasukan elemen muzik dan visual moden, namun ada yang tidak suka dan menganggap cuba merosakan lagu itu.

"Saya tidak berniat pun begitu tetapi tujuannya untuk ke depan dan cuba menguji kaji sama ada ia mampu pergi jauh atau tidak," ujarnya kepada mStar Online.

Najwa meluahkan rasa kesal terhadap mentaliti masyarakat yang enggan terima pembaharuan.

Najwa Mahiaddin FOTO THE STAR Low Boon Tat.

Najwa ditemui pada pelancaran lagu duet terbaharunya berjudul Sentiasa Merinding di SukaSucre Event Hall, pada Khamis lalu.

Dia ditanya tentang perkembangan industri muzik Malaysia yang kini seakan kembali kepada era 90-an.

Najwa berkata, dia yang turut aktif dalam aliran muzik indie mengakui berhadapa cabaran dalam memperjuangkan genre muzik yang mereka ingin ketengahkan..

Katanya, ramai pemuzik dalam kelompok indie yang kreatif, namun tidak mendapat sokongan untuk menyebarkan muzik mereka.

"Saya berada di dua-dua belah pihak iaitu muzik indie dan mainstream. Saya lihat banyak pemuzik indie yang bagus-bagus tapi mereka tidak diberi peluang.

"Jika mereka mahu ke arus perdana, mereka terpaksa berubah dan ikut kehendak dan permintaan pihak-pihak tertentu yang mahu mengikut trend muzik semasa," ujarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Yang Punya ini berkata, masyarakat perlu diberi kesedaran dan pilihan untuk mendengar muzik yang berbeza dan berkualiti.

Tags / Kata Kunci: Najwa Mahiaddin , Seri Mersing

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan