Lagu 'Bismillah' Disangka Nyanyian Wanita

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 6:00 AM

Ikhwan Fatanna

(Ubah saiz teks)

PENYANYI baharu yang dikenali dengan lagu Bismillah iaitu Ikhwan Fatanna tidak berkecil hati dengan tanggapan pendengar yang menyangka lagu berkenaan dinyanyikan oleh penyanyi wanita.

Ikhwan, 27, berkata, dia menerima komen tersebut dengan positif dan menyifatkan suaranya sebagai unik serta berbeza daripada penyanyi lalaki lain.

"Saya pun terkejut dengan maklum balas pendengar yang menyangka lagu itu dinyanyikan oleh wanita kerana selama ini saya tidak pernah terfikir suara saya seperti wanita sehingga lagu ini menjadi perhatian.

"Namun saya tidak terasa hati pun dengan komen mereka kerana setiap suara ada keunikan tersendiri. Sekurang-kurangnya mereka mendengar dan suka lagu itu," ujarnya kepada mStar Online.

Antara komen pendengar di laman youtube.

Lagu berkonsep kerohanian itu merupakan ciptaan Ikhwan bersama Omar K, Zel dan Mohaid.

Sementara itu Ikhwan berkata, tanggapan itu wujud berikutan dia belum dikenali dan mendapat publisiti di media.

"Mungkin orang kenal lagu tapi tahu siapa yang menyanyikannya. Ada juga yang menyangka lagu ini dari Indonesia.

"Tapi tidak mengapa, saya percaya bila keluar single seterusnya mereka lebih senang mengenali suara saya," katanya.

Dalam pada itu, Ikhwan bersyukur lagu yang dilancarkan pertengahan tahun ini telah mendapat perhatian dan dimainkan di stesen radio tempatan.

Biarpun pada awalnya dia menyangkakan lagu berkenaan sukar mendapat tempat berikutan berbeza dengan trend muzik semasa.

"Pada mulanya memang rasa ragu-ragu sama ada diterima atau tidak kerana lagu ini macam lagu nasyid tapi muzik moden.

"Alhamdulillah, semua radio dah mula mainkan dan mendapat maklum balas positif pendengar muzik," ujarnya.

Ujar Ikhwan, dia akan terus memperjuangkan genre Islamik Pop pada single yang akan datang. 

Tags / Kata Kunci: Ikhwan Fattana , Bismillah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan