Ada Perjanjian Antara Anis Al-Idrus, Suami

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 6:10 AM

Anis selalu menemani suaminya di pejabat sebaik sahaja selesai kerja awal. Foto: IZZRAFIQ ALIAS.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan pengacara Anis Al Idrus dan suaminya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim ada membuat satu perjanjian antara mereka.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal, berkata perjanjian tersebut dilakukan supaya mereka boleh bertemu setiap hari.

"Saya dan suami ada buat perjanjian. Siapa selesai kerja awal, dia yang datang tempat orang tu.

Anis dan suami tidak berkesempatan untuk berbulan madu. Foto Instagram: @anisalidrus.

"Tapi selalunya dia yang akan habis kerja lambat. Bila macam itu, saya akan pergi ke pejabat dia sebaik sahaja habis kerja.

"Dengan cara ini, kami akan sentiasa dapat berjumpa biarpun sibuk," kata Anis kepada mStar Online.

Menurut Anis, disebabkan jadual kerja dia dan suami terlalu padat mereka masih tidak berkesempatan untuk pergi berbulan madu.

Anis bakal lancar single kedua tidak lama lagi. Foto: LOW LAY PHON.

Kata Anis, 29, dia mengharapkan Rafzan atau lebih mesra dengan panggilan Aiman membawanya bercuti di pulau

"Saya mengharapkan Aiman bawa pergi pulau untuk berbulan madu sebab dia yang akan rancang semuanya.

"Tapi rasanya akan ke luar negara. Cuma bila waktu itu saya tak pasti lagi sebab masing-masing masih sibuk," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anis bakal melancarkan single kedua berjudul Tak Guna pada bulan Disember depan.

Lagu yang dicipta penuh penyanyi Hafiz Hamidun itu dikatakan tidak ditujukan kepada sesiapa.

"Saya akan keluar single kedua hasil ciptaan penuh penyanyi Hafiz Hamidun pada bulan Disember depan.

"Lagu yang berjudul Tak Guna itu tidak dimaksudkan kepada sesiapa pun. Ia hanya sekadar lagu sahaja," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Anis Al Idrus

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan