Izara Sah Bergelar Isteri Adib Khalid - Berita Hiburan | mStar

Izara Sah Bergelar Isteri Adib Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 9:22 PM

Izara anggun mengayakan busana rekaan Rizalman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktres Izara Aishah sah bergelar isteri kepada anak tiri penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Pasangan itu disatukan kira-kira pukul 9 malam dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glamm Hall, Mercu Mustapha Kamal, di sini.

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 25, dan Adib dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Mohd Jazlan Ali.

Pelakon J Revolusi itu menerima mas kahwin sebanyak RM700, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Dia turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Majlis istimewa itu dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan teman rapat.

Manis berseri wajah Izara selepas bergelar isteri.

Sementara itu, Izara menzahirkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang selama tiga bulan itu berjalan lancar.

"Alhamdulillah, sempurna sudah majlis pernikahan. Sejujurnya, saya berasa sangat gementar sebelum acara bermula. Namun, apabila Adib selesai melafazkan akad nikah perasaan sangat lega.

"Apa yang pasti, bermula sudah tanggungjawab baru saya sebagai isteri. Saya mengharapkan rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah dan berlangsung dengan baik. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Dengan sekali lafaz pasangan ini sah menjadi suami isteri.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun.

Pasangan ini turut diraikan dalam majlis resepsi sebelah pihak perempuan selepas acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi Marsha Milan dan teman baiknya pelakon Kilafairy.

Pasangan mempelai mengayakan busana pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim serta barang kemas daripada Habib.

Antara rakan artis yang hadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar dan Azira Shafinaz.

Tags / Kata Kunci: Izara Aishah , Adib Khalid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan