Ridzuan Puzi Terusik Tonton Kisah Diri

Diterbitkan: Jumaat, 17 November 2017 6:00 AM

Luar Biasa mengisahkan mengenai kehidupan kanak-kanak atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Puzi (kanan) dan Mohamad Saiful Puzi. Foto ROHAIZAT DARUS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik Malaysia, Mohamad Ridzuan Puzi terusik apabila berpeluang menonton kisah hidupnya yang diangkat sebagai sebuah filem televisyen berjudul Luar Biasa.

Ridzuan atau lebih mesra dengan sapaan Dek Wan, 30, berkata, garapan karya itu berdasarkan prespektif abangnya sendiri iaitu Mohamad Saiful Puzi membuatkan kisah itu istimewa dan menyentuh hati.

"Selepas menonton saya sedar banyak perkara tentang abang yang saya tidak tahu. Abang Pun (panggilan kepada Saiful) bukan sahaja abang tetapi dia juga teman baik yang sentiasa berada di sisi saya.

"Apa digambarkan mengembalikan memori manis ketika kami masih kanak-kanak," katanya kepada mStar Online.

Dek Wan ditemui pada tayangan perdana karya arahan Tunku Mona Riza itu yang diadakan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya (UM) di sini, Rabu.

Pelakon Rykal Iskandar memegang watak sebagai Dek Wan manakal Idan Aedan sebagai Saiful.

Ia membariskan pelakon Rykal Iskandar yang memegang watak sebagai Dek Wan manakala Idan Aedan sebagai Saiful.

Luar Biasa adalah sebahagian dari kempen anjuran Astro, Karya 12 dan ia akan ditayangkan pada 25 November ini, 9 malam di Astro Citra (131) dan Astro Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Saiful berkata, dia bersetuju kisah mereka dijadikan sebuah filem kerana ingin mengetengahkan sisi survival Dek Wan ketika kecil.

Dedah Saiful, walaupun Dek Wan merupakan orang kelainan upaya namun perkara itu tidak pernah menjadi penghalang buat adiknya untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa.

"Dek Wan tidak pernah tahu dia orang kelainan upaya. Di sebalik kekurangannya, adik saya ini semangatnya tinggi dan itu adalah perkara 'luar biasa' tentangnya yang mungkin orang tidak tahu.

Dek Wan teruja kisah hidupnya di angkat sebagai filem televisyen.

"Kejayaannya pada hari ini adalah terhasil daripada semangatnya sejak kecil," katanya.

Tambah Saiful lagi, apa digambarkan dalam Luar Biasa adalah daripada kisah sebenar selain ia luahannya tentang Dek Wan.

"Luar Biasa sebenarnya adalah daripada prespektif saya sebagai abang tentang adik saya dan ia 100 peratus mengenai luahan saya tentangnya.

"Jika dilihat jalan cerita ini ia menunjukkan sisi saya tidak berpuas hati terhadap Dek Wan namun dia adalah individu paling penting dalam hidup saya," ujarnya.

Sementara itu, Tunku Mona berkata, dia memilih untuk mengangkat kisah Dek Wan bersama abangnya kerana merasakan ia menarik untuk diketengahkan.

"Apabila Saiful memberitahu dia bukanlah orang yang terlalu menyokong adiknya dan kehidupan mereka semasa kecil seperti kanak-kanak lain saya jadi tertarik untuk mengupas lebih lanjut mengenainya.

"Sebagai atlet berbakat besar semua orang sudah tahu mengenainya tetapi kisah di sebalik dan siapa orang di sekelilingnya adalah satu elemen berbeza," katanya.

Pada September tahun lalu, Dek Wan yang mengalami masalah celebral palsy mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Paralimpik yang berlangsung di Rio, Brazil.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan