As'ad Motawh Jadi Buruan Pelakon Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 16 November 2017 6:20 AM

Wajah comel As'ad menjadi buruan penerbit filem Indonesia. Foto: THE STAR/ AZLINA ABDULLAH

(Ubah saiz teks)

PENYANYI baharu As'ad Motawh diburu bintang terkenal Indonesia, Raffi Ahmad untuk membintangi filem terbitan produksi milik pelakon tersebut.

As'ad bagaimanapun membayangkan kemungkinan tidak dapat menerima tawaran berlakon dalam filem bergenre seram itu kerana perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum memberikan persetujuan.

"Rasanya mungkin tak dapat terima tawaran itu sebab saya mahu fokus dengan single Senyum terlebih dahulu.

"Lagi pula bila jadi pelakon perlu komitmen yang tinggi dan sekarang agak sibuk dengan rangka promosi lagu tersebut," katanya kepada mStar Online.

Pelakon dan penerbit, Raffi Ahmad. Foto IG: raffinagita1717

Bercerita mengenai filem tersebut, penyanyi berusia 16 tahun ini berkata, tawaran itu diterima ketika dia sedang mengadakan promosi lagu Senyum di Indonesia, bulan lalu.

Filem yang masih belum mempunyai judul itu dijangka memulakan penggambaran hujung tahun ini turut dibintangi ramai pelakon popular Indonesia.

"Ketika itu saya sedang bersiaran langsung untuk program Dahsyat di sebuah stesyen televisyen di sana.

"Raffi Ahmad bertemu pihak pengurusan dan menyatakan hasrat untuk menawarkan satu watak dalam filem tersebut," ceritanya.

As'ad mengumpul ramai peminat daripada Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Bagaimanapun, pengurusan BeGood Music masih belum memberi kata putus kerana perlu menilai beberapa perkara sebelum menerima tawaran tersebut.

Bercakap mengenai karier, As'ad dijangka menyambung jelajah promosi Senyum di Singapura pada 17 November ini.

Tidak menjangka sambutan hebat pendengar, penyanyi berdarah kacukan Melayu dan Arab ini bakal muncul dengan single baharu dijangka awal tahun depan.

Penyanyi remaja berusia 16 tahun ini mahu fokus dalam bidang nyanyian.

"Alhamdulillah, sokongan terhadap lagu Senyum sangat baik dan jumlah penonton di YouTube juga bertambah.

"Kalau tiada halangan, kami dalam perancangan nak hasilkan lagu kedua selepas ini dan harapannya karier seni saya akan terus berkembang" ujarnya.

Lagu Senyum ciptaan Wansaleh dan Fuadko yang dimuat naik di laman YouTube sejak 18 Ogos lalu menerima lebih 7 juta tontonan.

Tags / Kata Kunci: As'ad Motawh , Raffi Ahmad

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan