“Dia Lari” – Wanita Dakwa Lahirkan Anak Pelakon - Berita Hiburan | mStar

“Dia Lari” – Wanita Dakwa Lahirkan Anak Pelakon

Diterbitkan: Rabu, 15 November 2017 6:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Habis madu sepah dibuang! Itulah perumpaan yang boleh diberikan kepada pelakon lelaki ini yang bersikap lepas tangan selepas menghamilkan seorang wanita sehingga melahirkan seorang zuriat.

Wanita berusia awal 20-an itu mendakwa, dia kecewa apabila pelakon berkenaan bertindak melarikan diri dan enggan bertanggungjawab dengan perkara yang berlaku.

"Kami pernah bercinta empat tahun lepas, dia pernah datang dan bermalam di rumah keluarga saya, tapi hubungan kami putus sehingga bertemu kembali awal tahun ini.

"Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur," ujarnya kepada mStar Online.

mStar berjaya menghubungi wanita itu dan sudah mendapat kebenarannnya untuk merakamkan suara bagi tujuan siaran di portal ini.

Wanita itu mendakwa, selepas kejadian itu, pelakon berkenaan menghilangkan diri sehingga dia menyedari sedang hamil tiga bulan.

Katanya, dia cuba menghubungi pelakon itu dengan pelbagai cara, namun gagal.

Sebahagian paparan skrin perbualan pelakon tersebut bersama wanita itu. Video penuh di Youtube mStar Online Malaysia.

"Saya beritahu dia saya sedang hamil tapi dia hanya baca mesej dan tidak menjawabnya. Tetapi kekasihnya pula menyerang saya dan bertanya apa hubungan kami.

"Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA (ujian asid deoksiribonukleik) sama ada bayi ini anak dia atau bukan," katanya.

Sementara itu, wanita berkenaan berkata, jika pelakon drama itu tidak mahu bertanggungjawab sekalipun, dia sepatutnya membayar kos pemeriksaan kandungan itu sepanjang sembilan bulan dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

"Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia. Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

"Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu," ujarnya.

Dalam pada itu, wanita tersebut berkata, dia sudah menguruskan pendaftaran bayi berkenaan dan akan menjaga anak tersebut dengan baik.

"Saya akan jaga sendiri anak ini walau dalam keadaan saya susah sekalipun. Saya bersyukur ibu-bapa saya dapat menerima saya dan bayi ini dengan baik. Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu," katanya.

Sehubungan itu wanita tersebut merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai ini menghubunginya segera untuk menyelesaikan kes mereka dengan baik.

Tags / Kata Kunci: Hamil Anak Pelakon
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan