Waktu Malam Pun Nak Berkacamata Hitam?

Diterbitkan: Selasa, 14 November 2017 6:20 AM

Haqiem Rusli ada sebab tersendiri sentiasa mengenakan cermin mata hitam ketika mengadakan persembahan. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PENYANYI berbakat besar Haqiem Rusli sering dilihat tampil memakai cermin mata hitam setiap kali mengadakan persembahan pentas atau pun ketika gambarnya dirakamkan oleh jurugambar.

Kerana perkara itu juga ramai tertanya-tanya mengapakan penyanyi lagu Tergantung Sepi ini sering berimej sedemikian walaupun pada malam hari?

Mendedahkan perkara itu, Haqiem, 19, berkata, sebab sebenar dia memakai cermin mata hitam ketika menyanyi kerana ia membantunya menghilangkan rasa gemuruh di atas pentas.

Katanya dengan aksesori itu dia dapat menyanyi dengan lebih yakin dan baik tanpa rasa gemuruh.

Haqiem teruja dapat ke AJL32.

"Sebenarnya saya pernah cuba menyanyi tidak pakai cermin mata hitam dan memang saya gemuruh sangat sehingga nyanyian jadi sumbang.

"Ada juga yang tegur tetapi tanpa memakai aksesori ini memang saya tiada keyakinan," jelasnya.

Haqiem ditemui pada peringat Semi Final Muzik-Muzik 32 (SFMM32) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada malam Ahad lalu.

Lagu ciptaan Gouffran dan Ibnu berjudul Tergantung Sepi nyanyiannya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.

Dalam pada itu, Haqiem berkata, selain mengurangkan gemuruh dia turut menganggap cermin mata hitam dan sarung tangan sebagai 'trademark' dirinya ketika berada di pentas.

Nama Haqiem semakin mendapat tempat dihati peminat.

Bercakap mengenai AJL32, Haqiem berkata, dia berbesar hati lagu nyanyiannya itu mara ke peringkat akhir dan sudah pun memikirkan idea persembahannya nanti.

Bagaimanapun dia tidak meletakkan harapan untuk menang sebaliknya menganggap pada usianya sekarang ia adalah satu pencapaian besar untuk berdiri di atas pentas AJL32.

"Sudah tentu saya gembira dapat mara ke peringkat akhir dan ia pencapaian yang sangat bermakna buat diri saya.

"Insya-Allah pada persembahan itu nanti saya akan buat susunan, konsep dan jalan cerita segar khas buat AJL," katanya.

Tags / Kata Kunci: Haqiem Rusli , AJL32

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan