Marah Baby Shima, Mas Idayu Dicemuh Netizen

Diterbitkan: Isnin, 13 November 2017 7:47 PM

Shima meminta netizen henti kecam Mas Idayu. Foto Instagram: @babyshimaofficial.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI dan peserta D'Academy Asia musim ke 3, Baby Shima berharap netizen tidak menyalahkan penyanyi Mas Idayu yang juga komentator program tersebut.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, berkata dia tidak kisah dimarahi dan menerima segala komen serta kritikan daripada penyanyi dangdut itu.

"Bagi saya, Mummy Mas Idayu marah dan komen macam itu sebab dia sayang saya. Memang patut pun saya kena marah.

"Saya tak ada masalah dan terima segala teguran. Saya harap netizen jangan salahkan Mas Idayu.

"Saya yang bersalah sebab tak ikut apa yang sudah diajarnya," kata Shima ketika dihubungi mStar Online.

Video Shima dimarahi Mas Idayu mengundang kecaman netizen. 

Shima diminta mengulas video Mas Idayu memarahi dia selepas melakukan persembahan pada malam konsert program tersebut.

Video yang mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen itu telah menjadi tular di laman Facebook.

Ketika memberi komen Mas Idayu dengan nada tinggi bertanya apakah yang Shima buat kerana persembahan dia dilihat paling teruk berbanding perserta dari negara lain.

"Apa Shima buat malam ini? (Mummy) dengar, masuk 'pitching' jahanam semua," kata Mas Idayu ketika memulakan komennya.

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan kritikan dan komen Mas Idayu yang dianggap melampau.

Menurut Shima lagi, dia tidak dapat melakukan persembahan yang baik disebabkan tekanan dihadapinya.

"Saya tak dapat buat yang terbaik pada setiap persembahan. Ingatkan pertandingan ini boleh bawa lagu moden seperti di Malaysia.

"Tapi saya perlu menyanyikan lagu dangdut yang tidak pernah didengari dan ia memberi tekanan pada saya.

"Ini adalah kali pertama saya memasuki pertandingan yang begitu besar. Sebelum ini hanya kecil-kecilan sahaja," ujarnya.

Program realiti nyanyian yang berlangsung di Indonesia ini sudah bermula Oktober lalu.

Selain Shima yang mewakili Malaysia, salah seorang ahli kumpulan Forteen iaitu One juga turut menyertai program itu.

Tags / Kata Kunci: Baby Shima , Mas Idayu , D'Academy Asia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan