Kurang Baik Nasib Raja Azura

Diterbitkan: Ahad, 12 November 2017 11:37 PM

Raja Azura (tengah) terpaksa akur tidak dapat meneruskan persembahannya pada minggu hadapan. FOTO: Instagram Gegar Vaganza Official.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi  Raja Azura terpaksa akur untuk tidak meneruskan persembahannya dalam Gegar Vaganza keempat (GV4) apabila diumumkan terkeluar dalam pertandingan itu  yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Pada konsert minggu ketiga itu, Raja Azura menyanyikan lagu Perhaps Perhaps Perhaps  versi Pussycat Dolls mendapat markah terendah daripada juri profesional iaitu 61.2 peratus.

Ia menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk Yusof Haslam tampil sebagai juri jemputan.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan juri.

Liza Hanim (dua dari kiri) menerima Anugerah Gelora Vida Vaganza. Foto: Instagram Gegar Vaganza Official.

Minggu ini bertemakan Berani Ke Idok? di mana setiap bintang GV4 diberi cabaran membawakan lagu yang bukan kebiasaan dan di luar lingkungan zon selesa mereka.

Dalam pada itu, penyanyi Liza Hanim memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingati dan menerima markah tertinggi sebanyak 83.0 peratus.

Artis yang mara ke minggu hadapan ialah Aqasha, Firman, Hazami, Lan (Kristal), Tia (Jinbara), Aishah, Elyana, Haida, Liza Hanim dan Syura.

Gegar Vaganza 4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Tags / Kata Kunci: Raja Azura , GV4

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan