Orang Masih Cari Salah Usop - Berita Hiburan | mStar

Orang Masih Cari Salah Usop

Diterbitkan: Jumaat, 10 November 2017 6:10 AM

Usop terima segala kontroversi yang melanda dirinya. Foto AZLINA ABDULLAH.

(Ubah saiz teks)

NAIB juara Mentor Milenia 2017, Usop meluahkan rasa sedih apabila masih ada segelintir orang yang mencari kesalahannya.

Namun Usop atau Saiful Naim Muhd Noor, 20, berkata dia memahami itulah percaturan dalam dunia seni dan menerimanya dengan hati terbuka.

"Sedih itu memang ada. Tapi rasanya mungkin disebabkan saya diam itu ada orang yang cari kesalahan.

"Nak buat macam mana, duniakan? Saya terima sahaja," kata Usop kepada mStar Online.


Usop masih menerima tawaran menyanyi biarpun jarang kelihatan di kaca televisyen.

Menurut Usop, kontrolversi yang melanda dia sejak tamat program Mentor Milenia 2017 pada Mei lalu tidak memberi kesan pada kerjayanya.

Malah, penyanyi lagu Rempit Sampai Langit ini masih banyak menerima tawaran menyanyi biarpun jarang kelihatan di TV dan acara hiburan.

"Bagi saya, artikel dan gosip negatif mengenai saya tidak pernah terkesan pada karier nyanyian.

Usop mahu memberi keutamaan pada bidang nyanyian. 

"Alhamdulillah, tawaran pun masih ada biarpun orang jarang melihat saya di kaca televisyen mahu pun acara hiburan," ujarnya.

Menerusi laporan mStar Online pada 5 September lalu, Usop terkejut didakwa bersikap 'diva' gara-gara sukar memberikan kerjasama kepada pihak media yang ingin berurusan dengannya.

Terdahulu nama Usop menjadi panas apabila dia dikatakan tidak mahu berkongsi nombor telefon dengan rakan wartawan meskipun permintaan itu dibuat atas dasar kerja.

Dalam pada itu, Usop pernah menerima tawaran berlakon dalam filem terbitan Datuk Rosyam namun terpaksa menolak.

"Rasanya belum bersedia lagi untuk ke bidang itu. Biarlah saya fokus pada nyanyian terlebih dahulu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Usop Mentor
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan