Mawar Rashid Dapat Peluang Temui Pemain MU - Berita Hiburan | mStar

Mawar Rashid Dapat Peluang Temui Pemain MU

Diterbitkan: Jumaat, 10 November 2017 6:30 AM

Raf Yaakob dan Mawar Rashid sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada Khamis. Foto S.S. KANESAN

(Ubah saiz teks)

SUAMI kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob bakal membawa isterinya untuk berjumpa dengan bintang bola sepak Manchester United (MU) di United Kingdom.

Raf yang juga Presiden Kelab MU Malaysia berkata, dia kebetulan perlu menghadiri majlis makan malam bersama pemain kelab itu di Manchester pada 16 November ini dan mengambil peluang untuk berbulan madu selama seminggu di negara itu.

"Kebetulan saya perlu menghadiri majlis makan malam bersama pasukan MU minggu hadapan jadi alang-alang kami akan berbulan madu di Manchester.

"Saya akan bawa Mawar ke majlis makan malam itu dan bolehlah nanti berjumpa dengan pemain Manchester United.

"Insya-Allah kami akan berangkat ke United Kingdom pada Ahad ini," katanya.

Raf akan membawa isteri tercinta bertemu dengan pemain Manchester United pada minggu hadapan.

Mawar dan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada Khamis.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Mawar, 22, menerima RM900 sebagai mas kahwin namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pasangan itu akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang akan diadakan pada 1 Disember depan.

Dalam pada itu, Raf mendedahkan mereka sepatutnya dijadualkan berkahwin pada April tahun depan namun ia dipercepatkan selepas mendapat tawaran menjadi hos sebuah program travelog bersama Mawar.

"Saya dan Mawar akan hoskan program yang mengangkat tentang World Cup dan kami akan menggunakan jalan darat untuk menuju ke Russia.

Mawar (tengah) bersama ibunya, Datin Marinee Abdullah (kanan) dan ibu mertuanya, Datin Umi Kalsom Abd.

"Apabila kami sudah berkahwin jadi lebih senang kerana proses penggambaran yang dijangka bermula Disember ini akan mengambil masa dua bulan.

"Nampaknya nanti kami berbulan madu sahaja dalam kereta api selama dua bulan," ujarnya.

Sementara itu, Mawar berkata, dia tidak melihat usia sebagai penghalang untuk mendirikan rumah tangga ketika muda.

Sebaliknya kata Mawar, sejak mengenali Raf, suaminya itu banyak mengajarnya agar menjadi seorang wanita lebih matang dalam pelbagai hal.

"Jujurnya saya tak pernah terfikir akan kahwin pada usia muda tetapi perasaan itu hilang sejak bertemu dengan Raf.

Raf memakaikan gelang di tangan Mawar pada upacara membatalkan air sembahyang.

"Dia sebaliknya mematangkan saya dalam banyak perkara dan ini juga dinamakan jodoh.

"Insya-Allah saya mahu jadi isteri yang taat dan harap Allah permudahkan semua urusan kami," ujarnya.

Raf pula memberitahu, dia tertarik hati dengan Mawar kerana hubungan akrabnya dengan dua anaknya iaitu Raden Ahmad Rayyan, 6 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 2, dari hasil perkahwinan terdahulu.

"Mawar bukan sahaja seorang yang sopan santun dan mempunyai budi pekerti tinggi tetapi saya terpegun dengan cara dia melayan anak-anak saya.

"Malah anak-anak lebih akrab dengannya berbanding saya dan ia sesuatu menyenangkan hati saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Raf Yaakob , Mawar Rashid
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan