Izham Tanya Ustaz Hukum Cium Isteri Di Khalayak

Diterbitkan: Rabu, 8 November 2017 1:54 PM

Video cium Mia jadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu video cium Mia Ahmad kepada suaminya penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Izham Tarmizi nampaknya masih belum reda apabila aktres itu memuat naik paparan skrin WhatsApp perbualan antara suaminya dengan seorang ustaz berkaitan perkara itu.

Menerusi perbualan yang dimuat naik di Instastory pada Rabu, Izham bertanya sama ada aksi suami-isteri yang mengundang rasa kurang senang netizen itu salah di sisi agama.

Ujar Izham, perkara itu berlaku secara spontan dan ketika isterinya itu terlalu gembira dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk tentang kebahagiaan mereka kepada umum.

"Saya nak tanya imam apa hukum seorang isteri cium pipi suaminya di kawasan terbuka?" soal Izham yang turut melampirkan video berkenaan kepada individu berkenaan.

Tambah Izham lagi, dia mahu meminta pihak tertentu memadam video berkenaan dan meminta maaf secara terbuka jika perkara itu benar-benar salah.

Mia memuat naik paparan skrin perbualan suami dengan seorang ustaz.

Bagaimanapun, imam itu membalas bahawa ciuman berkenaan tiada masalah, namun jangan sehingga menimbulkan perasaan seseorang atau nafsu orang yang melihatnya.

“Yang Kecam Tu, Periksa Hati Anda” Mia Ahmad

Terdahulu, pada Ahad lalu pihak stesen televisyen TV3 memuat naik di Instagram aksi spontan Mia Ahmad yang mecium pipi suaminya selepas pasukan JDT menewaskan Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia 2017.

Namun, video tersebut menjadi tular apabila ramai netizen yang mempertikaikan tindakan tersebut yang dianggap tidak sesuai dilakukan di khalayak.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Tags / Kata Kunci: Izham Tarmizi , Mia Ahmad , JDT

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan