“Perempuan Tak Boleh Dipercayai” - Ruhainies - Berita Hiburan | mStar

“Perempuan Tak Boleh Dipercayai” - Ruhainies

Diterbitkan: Selasa, 7 November 2017 12:00 PM

Ruhainies mengakui tidak mempunyai ramai rakan perempuan.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ruhainies mendedahkan dia mempunyai sebab tersendiri mengapa lebih selesa berdampingan dengan lelaki berbanding wanita sebagai teman baiknya.

Kata Ruhainies sejak dahulu lagi dia kurang selesa berkawan rapat dengan perempuan kerana merasakan tidak boleh berkongsi kisah peribadi dan rahsia dengan mereka.

"Tahu sahajalah orang perempuan ni... kuat gosip! Kalau berkongsi masalah atau hal peribadi mesti tak boleh simpan rahsia.

"Saya sendiri pun kadang-kadang kuat juga bergosip, jadi saya tahu situasi itu dan membuatkan saya mengelak daripada berkawan rapat dengan perempuan," katanya kepada mStar Online.

Ruhainies lebih selesa berkongsi masalah dengan rakan lelaki.

Kata Ruhainies, itu bukanlah bererti dia langsung tidak mempunyai kawan perempuan cuma tiada sahabat rapat yang boleh dia berkongsi apa sahaja.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata, dia selesa berkawan dengan golongan lelaki kerana mereka lebih memahami dan boleh dipercayai terutamanya berkongsi masalah dan rahsia.

Bagaimanapun kata Ruhainies, dia sentiasa memastikan batasan dalam persahabatan bagi mengelakkan timbul salah faham pada kemudian hari.

"Alhamdulillah setakat ini semua rakan lelaki saya bukannya jenis nak menggatal atau cuba memikat saya tetapi ikhlas berkawan... bersahabat baik.

"Semua rakan lelaki yang saya cukup memahami dan bukannya ada niat tidak baik dan semuanya sempoi membuatkan saya senang berkawan.

Nama Ruhainies kini semakin kukuh sebagai pelakon.

"Memilih lelaki sebagai kawan tak semestinya kita bercinta. Paling penting kita tahu batasan diri masing-masing," jelasnya.

Sementara itu, Ruhainies berkata, dia memahami apabila ada segelintir pihak menganggap dirinya sebagai 'playgirl' kerana sering dilihat bersama rakan lelaki.

Namun jelas Ruhainies, dia bukan seperti diperkatakan namun enggan terlalu memikirkannya kerana menganggap ia perkara remeh.

"Pada saya ia perkara remeh... biasalah jadi artis mesti ada macam-macam gosip. Kalau tak kuat tak bolehlah jadi artis," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ruhainies
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan