Benarkah Tiada Siapa Mahu Taja Aishah? - Berita Hiburan | mStar

Benarkah Tiada Siapa Mahu Taja Aishah?

Diterbitkan: Selasa, 7 November 2017 6:20 AM

Aishah. Foto instagram gegarvaganzaofficial

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Aishah menafikan dakwaan tiada pihak yang mahu menaja pakaian untuk persembahannya pada program Gegar Vaganza musim keempat (GV4). 

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 52, berkata, dia juga tidak gemar untuk membawa ramai pengikut mengiringinya pada persembahan setiap minggu seperti dilakukan artis lain. 

"Macam jadi viral pula cerita baju saya untuk GV4 ni. Tidak benar orang kata tiada siapa nak taja baju saya dan saya juga tidak pernah bercerita tentang itu.

"Saya juga tidak suka ramai orang mengiring, cukuplah sekadar suami," ujarnya menerusi laman sosial Facebook pada Isnin. 

Penampilan Aishah pada minggu kedua Ahad lalu mendapat perhatian dan kritikan segelintir natizen yang menganggap gaun berwarna merah dipakainya tidak sesuai dengan status dia yang sudah dianggap legenda.

Tambah Aishah, dia juga hanya menggunakan khidmat jurusolek yang disediakan pihak Astro. 

Katanya, perkara itu dilakukan sejak dia berada dalam industri. 

"Saya rimas orang keliling ramai-ramai dan sememangnya dari dulu pun saya macam tu," ujarnya. 

Sementara itu, Aishah berkata, buat masa ini dia hanya memerlukan tajaan aksesori untuk persembahan pada minggu depan.

Tags / Kata Kunci: Aishah , GV4 , Gegar Vaganza

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan