“Yang Kecam Tu, Periksa Hati Anda” Mia Ahmad

Diterbitkan: Isnin, 6 November 2017 11:55 AM

Video Mia cium suami selepas JDT menang jadi tular.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Mia Ahmad menjelaskan tindakan mencium suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi selepas pasukan itu menjuarai Piala Malaysia 2017 Sabtu lalu berlaku secara spontan disebabkan terlalu gembira.

Mia, 29, berkata, sebagai seorang isteri, dia tahu bagaimana suaminya itu bekerja keras bersama pasukan JDT membuat persiapan untuk berdepan pasukan Kedah pada malam tersebut.

"Sebenarnya ciuman itu berlaku automatik sebab saya terlalu gembira untuk dia dan pasukannya. Dia bekerja keras untuk perlawanan itu.

"Pada saya ia adalah perkara normal bila kita rasa gembira untuk suami," ujarnya kepada mStar Online.


Mia tidak melepaskan peluang menyokong suaminya pada perlawanan Piala Malaysia 2017, malam Sabtu.

Mia mengulas mengenai video dia mencium Izham selepas tamat perlawanan JDT menentang Kedah di Stadium Shah Alam yang dimuat naik di Instagram pada Ahad dan kemudian tular di media sosial.

Segelintir netizen berpendapat tindakannya itu tidak sesuai dilakukan secara terbuka.

Dalam pada itu, Mia berkata, dia tidak ambil peduli pandangan negatif netizen yang tidak senang dengan apa yang dilakukannya itu.

"Saya tidak pasti video itu viral sebab 'sweet' atau ramai yang kecam. Tapi kalau ada yang nak kecam suruh mereka periksa hati mereka semula," ujarnya.

Sementara itu, Mia turut mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia 2017 selepas menang 2-0.

"Ia perlawanan yang sangat baik, mereka memang layak untuk menang!," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Mia Ahmad , JDT

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan