“Jangan Obses, Kami Tidak Bercinta” - Farah Nabilah - Berita Hiburan | mStar

“Jangan Obses, Kami Tidak Bercinta” - Farah Nabilah

Diterbitkan: Isnin, 6 November 2017 6:30 AM

Peminat berharap Farah Nabilah dan Zul Ariffin menjadi pasangan kekasih. Foto Instagram: @zul_ariffin, @farahnabilahofficial

(Ubah saiz teks)

PELAKON baharu Farah Nabilah menyedari ada peminat mengharapkan hubungan cintanya dengan Zul Ariffin dalam drama diterjemahkan ke dunia nyata.

Bagaimanapun, Farah berkata, keserasian yang dicipta itu hanyalah untuk memenuhi kehendak watak dalam drama lakonan mereka berjudul Titian Cinta.

"Saya dan Zul tiada apa-apa hubungan istimewa, apa yang ditonton hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan watak.

Peminat Menangis ‘Titian Cinta’ Tamat

Farah akui senang bekerjasama dengan pelakon Zul Ariffin dan menyifatkan Zul seorang yang profesional.

"Kami hanya bertemu di set penggambaran dan untuk acara promosi sahaja. Selesai kerja, kami jalani kehidupan masing-masing.

"Biasalah kalau ada peminat jodoh-jodohkan artis kesukaan mereka, saya tak kisah tentang hal itu," katanya kepada mStar Online.

Impak drama arahan Heykal Hanifah itu masih dirasai oleh peminat meskipun ia telah berakhir pada 30 Oktober lalu.

Titian Cinta turut dibintangi Daler Yusof, Tisha Shamsir, Dian P.Ramlee dan Marisa Yasmin yang bersiaran di slot Akasia TV3.

Peminat masih belum boleh move on dengan impak drama Titian Cinta.

Sementara itu, beberapa portal berita ada melaporkan mengenai kejadian pembunuhan dipercayai akibat terpengaruh adegan dalam drama yang diadaptasi daripada novel itu.

Farah, mengakui terkejut dengan laporan tersebut namun wanita 25 tahun ini berharap penonton tidak mudah terpengaruh dengan apa yang ditonton di televisyen.

"Saya terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian itu dan berharap penonton tidak terlalu obses dengan apa yang mereka tonton di TV.

Farah berharap penonton tidak terlalu obses dengan apa yang mereka tonton di televisyen.

"Apa yang disaksikan di televisyen adalah berbeza dengan dunia realiti dan jangan mudah terpengaruh.

"Anggaplah itu hanya sekadar hiburan dan tak mahulah sampai wujud kesan negatif kepada masyarakat," katanya.

Bercakap mengenai kerjaya seni, Farah kini sedang menjalani penggambaran drama Adam dan Hawa 2 dan bakal memulakan penggambaran telefilem khas, Titian Cinta Raya tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Farah Nabilah , Zul Ariffin , Titian Cinta
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan