Raja Azura Bersedia Tersingkir Awal GV4

Diterbitkan: Ahad, 5 November 2017 6:00 AM

Raja Azura sudah bersedia jika dia diumumkan tersingkir awal dalam Gegar Vaganza 4. Foto IZZRAFIQ ALIAS

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Raja Azura sudah bersedia jika namanya menjadi peserta pertama diumum tersingkir dari pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Raja Azura atau lebih dikenali Kak Engku berkata, dalam pertandingan sebarang kemungkinan boleh terjadi dan dia bersedia jika tidak berjaya meneruskan perjuangan dalam rancangan itu.

"Saya sentiasa bersedia dan selalu ingatkan diri tentang adat pertandingan ada kalah dan menang.

"Saya sedar kemampuan diri dan mengakui kehebatan 11 peserta yang lain. Andai jodoh di pentas ini singkat, saya reda sahaja," katanya kepada mStar Online.

Selain Raja Azura, 11 lagi penyanyi yang turut bertanding ialah Liza Hanim, Elyana, Syura, dan Haida.

Raja Azura mengikuti kelas vokal setelah hampir 20 tahun meninggalkan bidang nyanyian.

Manakala peserta lelaki pula Aqasha, Hazami, Ferhad, Tia (Jinbara), Lan (Kristal) dan Firman dari Indonesia.

Sementara itu, Raja Azura tidak mahu terlalu memikirkan soal penyingkiran dalam pertandingan ini.

Sebaliknya, penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Dan Bunga Berguguran memaklumkan dia hanya mahu melakukan yang terbaik sepanjang beraksi di GV4.

"Saya tak nak fikir sangat tentang penyingkiran, sekarang ini hanya mahu buat yang terbaik dan persembahan yang memuaskan hati.

"Sekurang-kurangnya kalau tersingkir, orang kata tersingkir dalam keadaan terhormat," ujarnya.

Raja Azura mahu kembali serius dalam bidang nyanyian.

Dalam pada itu, Raja Azura memaklumkan dia mengikuti kelas vokal bagi mengasah semula kemampuan suaranya sebelum menyertai GV4.

"Dah lama sangat tak menyanyi, 20 tahun saya tinggalkan bidang ini, jadi kena asah semula suara. Alhamdullilah, tiga hari saya hadiri kelas vokal bersama Cikgu Syafi dan belajar sikit-sikit tentang vokal.

"Selepas ini bolehlah buat show nyanyian pula. Kalau ada yang nak offer job, bolehlah ya!," selorohnya.

Gegar Vaganza 4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Ia turut boleh ditonton di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Tags / Kata Kunci: Raja Azura , GV4

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan