2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius - Berita Hiburan | mStar

2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius

Diterbitkan: Sabtu, 4 November 2017 6:00 AM

Kumpulan Xpose Band

(Ubah saiz teks)

JUMLAH tontonan yang tinggi dalam tempoh singkat membuktikan Xpose Band serius dalam menembusi industri muzik selain mahu berdiri sebaris dengan pemuzik sedia ada.

Vokalis kumpulan itu, Furhan, berkata, dia tidak menyangka single pertama yang berjudul Sandiwara mendapat sambutan begitu hebat daripada peminat.

"Memang kami tidak menjangkakan menerima 2.5 juta tontonan di YouTube dalam tempoh tiga bulan dan ia sangat bermakna buat kami.

"Tapi orang kata cepat naik cepat pula jatuh. Jadi, kami berharap sangat dapat kekal lama dalam industri.

"Kami juga akan berusaha dan berharap agar suatu hari nanti dapat menjadi legenda seperti kumpulan Search dan Wings," ujarnya kepada mStar Online.


Xpose Band dianggotai 5 anak muda iaitu Furhan selaku vokalis, Fakhrul (gitar), Eppy (bes), Zaim (keyboard) dan Taqim (pemain dram).

Mereka ditemui sewaktu pelancaran single pertama dan muzik video versi karaoke di Red Box Karaoke, The Gardens, Kuala Lumpur.

Menurut Furhan, Xpose Band sebolehnya mahu menghasilkan lagu-lagu yang mengikut selera pendengar sebagai salah satu stratergi terus kekal lama.

"Kalau kita lihat sekarang, orang mahu dengar lagu yang mendayu-dayu, lagu jiwang. Jadi kita beri apa yang orang mahu.

"Macam single pertama kami, susunan muziknya segar dan lirik pula ala-ala 90 an," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Xpose Band yang masih lagi rancak mempromosikan lagu Sandiwara sudahpun merancang untuk penghasilan single kedua.

Ujar Furhan, ahli kumpulannya ada menghantar beberapa lagu ciptaan sendiri kepada label mereka iaitu Suria Records (SRC).

Katanya, mereka kini sedang menunggu keputusan dari pihak atasan dan single kedua dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Xpose Band dianggotai 5 anak muda iaitu Furhan selaku vokalis, Fakhrul (gitar), Eppy (bes), Zaim (keyboard) dan Taqim (pemain dram).

Tags / Kata Kunci: Xpose
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan