Azmil Mustapha Beransur Pulih

Diterbitkan: Rabu, 1 November 2017 11:26 AM

Keadaan pelakon Azmil Mustapha semakin pulih namun perlu banyak berehat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keadaan pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha yang dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada Isnin lalu kembali stabil dan beransur pulih.

Adik kepada Azmil, 64, iaitu Aziph Mustapha ketika dihubungi berkata, keadaan abangnya itu menunjukkan perkembangan positif selepas kesukaran bernafas namun masih perlu berehat dan mendapatkan rawatan untuk pulih sepenuhnya.

"Alhamdulillah keadaan beliau semakin pulih dan ceria namun kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Kardiologi bagi memastikan keadaannya stabil.

"Azmil dirawat dengan baik oleh doktor yang menjaganya dan Insya-Allah beliau perlukan sedikit masa lagi untuk pulih," katanya kepada mStar Online.

Aziph memberitu abangnya itu mengadu penat ketika sedang menghadiri mesyuarat bersama beberapa rakannya sebelum salah seorang daripada mereka membawanya ke hospital.

Katanya lagi, Azmil pada awalnya dirawat di wad kecemasan PPUM namun dia dipindahkan ke Unit Rawatan Kardiologi untuk pemantauan lanjut.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatannya namun saya bagi pihak keluarga meminta agar Azmil diberi ruang privasi agar beliau dapat berehat dengan tenang," ujarnya.

Pada Januari tahun lalu Azmil pernah di tempatkan di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya akibat penyakit jantung.

Ketika itu, keadaan pelakon filem Ali Setan ini tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan hayat.

Tags / Kata Kunci: Azmil Mustapha , Ali Setan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan