Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop

Diterbitkan: Isnin, 30 Oktober 2017 6:30 AM

Selama dua tahun Usop membuatkan ibu-bapanya makan hati. Foto: AZLINA ABDULLAH.

(Ubah saiz teks)

"DUA tahun kami makan hati dengan dia,” itulah kata bapa kepada Usop mendedahkan perangai sebenar anak lelakinya itu sewaktu usia kecilnya.

Noor atau nama sebenarnya Muhamad Noor, 46, berkata dia dan isteri diberi dugaan apabila Usop yang dilahirkan tidak berhenti menangis.

Peristiwa itu berlanjutan selama dua tahun sehingga mereka habis melakukan ikhtiar untuk menghentikan masalah itu.

“Maaf... Saya Janji Tak Buat Lagi” - Usop

Bagaimanapun, Noor menganggap ada hikmah di sebalik dugaan tersebut.

Ibu dan bapa Usop dedahkan peragai sebenar Usop ketika kecil. 

"Usop suka menangis. Bukan bermaksud kami susah menjaga Usop. Tapi dari Maghrib sampai ke Subuh dia tidak berhenti menangis.

"Mungkin Allah mahu menduga dan kami reda sebab ada hikmahnya. Alhamdulilah, rupa-rupanya dia menangis berlatih nak jadi penyanyi,” katanya sambil ketawa kepada mStar Online.

Ibu dan bapa Usop ditemui di majlis Meet & Greet Usop Mentor di Restoran Nelayan Gombak pada Sabtu lalu.

Menurut ibu Usop pula, Rohana Zakaria, 42, penyanyi yang lahir dari program Mentor Millenia 2017 itu rajin menolongnya memasak untuk perniagaan katering diusahakan mereka tanpa disuruh.

Usop bergambar bersama peminat yang hadir pada majlis Meet & Greet Usop Mentor yang diadakan pada Sabtu. 

Selain itu, Usop juga pernah bekerja dengan syarikat servis penghawa dingin sebelum bergelar seorang penyanyi.

"Usop pernah kerja servis penghawa dingin dan tolong saya masak untuk perniagaan katering.

"Ketika itu umur dia 16 tahun. Dia rajin membantu tanpa disuruh walaupun ketika itu dia masih belajar," ujarnya.

Manakala guru Usop ketika di sekolah rendah pula iaitu, Jamaliah Yahya, 44, berkata penyanyi itu seorang yang pendiam dan tahu menjaga kata-kata apabila berbicara.

Bakat nyanyiannya mula dilihat ketika memasuki sekolah menengah dengan memasuki pertandingan dikir barat.

Jamaliah pernah mengajar Usop subjek Matematik ketika di sekolah rendah. 

“Kalau orang tak kenal Usop ini memang nampak sombong. Tapi yang sebenarnya dia seorang yang pendiam.

“Ketika sekolah dia memang jarang bercakap dengan cikgu tapi hanya berborak dengan kawan-kawan sahaja.

“Dia akan jaga percakapan atau kata-kata apabila nak bercakap. Bakat Usop mula dilihat ketika dia menyertai Dikir Barat di sekolah menengah,” kata Jamaliah.

Jamaliah merupakan guru Matematik ketika penyanyi tersebut berusia 10 hingga 12 tahun di Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya, Kedah dan juga merupakan salah seorang pengendali kelab peminatnya.

Usop, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim sebelum ini dikritik kerana gagal memberi kerjasama dengan pihak media namun ia sebenarnya salah faham kerana dia masih baru dalam dunia seni.

Tags / Kata Kunci: Usop Mentor

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan