Kereta Nabil Hilang 7 Jam Sebelum ‘Gegar Vaganza 4’

Diterbitkan: Ahad, 29 Oktober 2017 11:20 PM

Nabil dan Jihan Muse, hos Gegar Vaganza musim keempat. FOTO: Instagram Gegar Vaganza.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nasib tak baik menimpa pelawak Nabil Ahmad apabila kereta Toyota jenis Vellfire miliknya hilang kira-kira tujuh jam sebelum memulakan tugas sebagai hos Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Nabil, 34, berkata, kereta berwarna putih dengan nombor pendaftaran JRP46 itu hilang ketika dia ke tabika anaknya, Naira Mikayla, 4, di Taman Tun Dr Ismail, di sini untuk menghadiri satu majlis anjuran pihak sekolah itu.

"Kereta hilang semasa saya sekeluarga menghadiri konsert anjuran sekolah anak.

"Apabila mahu pulang ke rumah dalam pukul 2 petang, kereta yang saya parkir di luar kawasan sekolah sudah hilang.

Contoh kereta Totoya Vellfire. Foto: Laman web rasmi Toyota.

"Terkejut dan tak sangka kereta saya menjadi sasaran pencuri," katanya kepada mStar Online.

Nabil ditemui di belakang pentas pada konsert Gegar Vaganza musim keempat (GV4) di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Dalam program GV4, Nabil merupakan pengacara bergandingan bersama Jihan Muse.

Sementara itu, Nabil memaklumkan sudah membuat satu laporan polis di balai polis Taman Tun Dr. Ismail.

"Satu laporan polis telah dibuat dan semoga kereta saya ditemui semula dalam keadaan baik," katanya.

Tambah Nabil, kejadian itu menyebabkan dia pulang ke rumah dihantar oleh pihak polis selepas laporan dibuat.

 

Tags / Kata Kunci: Nabil Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan