Hazama Bertatu Untuk Sampaikan Mesej

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 6:30 AM

Hazama Azmi menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri tampil dengan imej bertatu dalam muzik video lagu Aku Bukan Dewa. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

TINDAKAN penyanyi Hazama tampil dengan imej seperti Bob Marley dan bertatu di seluruh badannya menerusi muzik video Aku Bukan Dewa mendapat kecaman netizen sehingga ada melabelnya tiada pengetahuan agama.

Menjelaskan situasi sebenar Hazama berkata, dia memang sengaja menampilkan konsep sedemikian kerana dengan cara itu dia dapat menarik perhatian peminat menonton mesej yang cuba disampaikan.

"Tatu itu sebenarnya simbolik sebagai dosa dan menunjukkan tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan.

"Jika saya tampil dengan sebuah muzik video tanpa sebarang jalan cerita mungkin kisah disebalik lagu itu tidak akan sampai.

Hazama bakal tampil dengan album keduanya tidak lama lagi.

"Memang saya sengaja cetuskan isu seperti ini kerana tahu ia akan jadi perbincangan di laman sosial dan dari situ netizen dapat jawapan terbaik mengenai kisah keseluruhan saya tampil dengan imej itu," katanya.

Hazama ditemui pada majlis pelancaran syarikat pengurusan artis iaitu Rocket Feul Entertainment yang di adakan di Petaling Jaya, Khamis.

Dalam pada itu, Hazama berkata, simbolik muzik video itu bukan sahaja tentang kehidupan tetapi menceritakan perubahan dan kematangan karier muziknya.

"Saya sudah 10 tahun dalam industri muzik dan sepanjang tempoh itu saya juga mengalami perubahan dalam diri secara peribadi dan karier.

Barisan artis dibawah pengurusan Rocket Fuel Entertainment.

"Ia juga simbolik yang saya sudah berubah dan bergerak kehadapan tanpa lagi mengenang masa lalu," ujarnya.

Dalam meraikan perubahannya itu kata Hazama dia sedang bertungkus lumus menyiapkan album terbaharunya yang sudah tertangguh selama dua tahun.

Kata Hazama menerusi album itu nanti ia bakal memperlihatkan kematangannya sebagai seorang penyanyi termasuk dari segi seleksi lagu.

"Dulu saya banyak buat lagu berkisarkan percintaan dan sekarang fokus saya lebih kepada lagu kemanusian dan bersifat universal," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Hazama , Rocket Fuel Entertainment

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan