Amira Othman Enggan Terjebak Cinta Lokasi

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 6:00 AM

Amira ambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terpalit dengan kontroversi cinta lokasi.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Amira Othman berharap dia tidak akan terjebak dalam mana-mana cinta lokasi dengan pelakon gandingannya.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 23, berkata dia akan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak menimbulkan sebarang masalah di masa hadapan.

"Saya berharap sangat tidak jatuh cinta di lokasi penggambaran. Sebelum ini pun saya pernah beritahu kalau boleh saya tak nak bercinta dengan artis.

"Tapi untuk langkah berjaga-jaga supaya tidak timbul sebarang gosip atau kontroversi, saya akan pastikan ada batasan dengan pelakon yang digandingkan.

Amira, Indah dan Siti Nordiana yang turut hadir bergambar dengan pengasas produk Salima Skin Solutions, Puan Salima (dua dari kiri). Foto: @Kaki_foto.

"Sebagai contoh, mungkin kalau perlu berhubung di luar kerja saya akan gunakan orang tengah," kata Amira kepada mStar Online.

Amira ditemui ketika majlis memperkenalkan pengasas produk Salima Skin Solutions di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada Rabu.

Menurut penyanyi lagu Hati-Hati ini, dia tidak bimbang bergandingan dengan pelakon lelaki berstatus suami jika bekerja secara profesional.

Amira dan Hafidz pertama kali digandingkan dalam drama Red Velvet. Foto Instagram: @amiraothman. 

Kata Amira, keserasian antara dua pelakon boleh terjadi di lokasi namun tidak perlu dibawa sehingga di luar waktu kerja.

"Nak kata takut bergandingan dengan pelakon lelaki sudah berkahwin itu tidaklah.

"Sebab saya percaya, kalau kedua-duanya bagi komitmen yang begitu profesional Insya-Allah tidak akan ada isu apa-apa.

"Mungkin keserasian itu ada ketika diwaktu kerja namun tidaklah bawa sampai ke luar lokasi," ujarnya.

Amira pernah bergandingan dengan pelakon Hisyam Hamid menerusi drama pertamanya, Abang Bomba I Love You dan terbaru dia menjadi isteri kepada Hafidz Roshdi dalam drama Red Velvet yang sedang ditayangkan di Astro Ria.

Dalam nyanyian pula, Amira bakal mengeluarkan single terbaru berjudul Mimpi Indah tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Amira Othman

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan