Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing

Diterbitkan: Rabu, 25 Oktober 2017 6:10 AM

Eizlan Yusof (kiri) tidak mahu terlalu memikirkan kritikan orang ramai terhadap penganugerahan yang diterimanya. Foto Ihsan: Instagram @shahrezza61

(Ubah saiz teks)

PELAKON Eizlan Yusof memilih untuk tidak ambil pusing sebarang komen negatif terhadapnya mengenai pengurniaan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang diterimanya pada pagi Selasa.

Menurut Eizlan, 46, dia tidak mahu terlalu memikirkan kritikan atau sindiran masyarakat kerana tidak mahu menjadi lemah kerana hal sedemikian.

"Apa yang kita lakukan, pasti akan ada yang tidak berpuas hati dan tidak suka.

"Saya tak nak jatuh sebab kritikan dan kutukan orang. Kalau orang dah tak suka, nak buat macam mana kan?," katanya.

Selain Eizlan, Siti Nurhaliza, dan pelakon veteran Maria Menado turut menerima kurniaan sama yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pelakon Adi Putra dan pereka fesyen Jovian Mandagie pula dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Kurniaan itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.

Eizlan menganggap kurniaan tersebut sebagai tanggungjawab dan amanah yang harus dijaga.

Sementara itu, Eizlan berkata, dia memaafkan individu yang sering mengkritik pencapaiannya.

Malah, pelakon ini turut berharap tiada lagi mana-mana individu yang mempertikaian mengenai penganugerahan tersebut.

"Saya maafkan mereka yang sering mengkritik dan berfikiran negatif tentang diri saya.

"Cuma, saya harap selepas ini tiada lagi yang mempertikaikan institusi diraja. Ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.

"Gelaran ini adalah tanggungjawab kepada kami dan merupakan satu amanah yang diberi oleh institusi tersebut," ujarnya.

Eizlan sebelum ini menerima DIMP iaitu pada tahun 2011.

Pada Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) lalu, Eizlan berasa kecil hati selepas hos rancangan berkenaan Zizan Razak bergurau dengan memperkatakan gelaran Datuk diterima Eizlan dan Hans Isaac mungkin dibeli.

Zizan kemudiannya memohon maaf atas kesilapan itu.

Tags / Kata Kunci: Eizlan Yusof

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan