Bob Yusof Tiada Rancangan Selepas AF Megastar - Berita Hiburan | mStar

Bob Yusof Tiada Rancangan Selepas AF Megastar

Diterbitkan: Selasa, 24 Oktober 2017 6:00 AM

Rezeki Bob tidak pernah putus biarpun dia jarang kelihatan di kaca TV. Foto CHAN TAK KONG.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Bob Yusof tidak mempunyai sebarang perancangan untuk karier seninya selepas tamat program AF Megastar yang berlangsung pada Ahad lalu.

Bob atau nama sebenarnya Yusrizan Usop, 36, berkata dia akan berasa marah jika sudah mengatur langkah namun tidak berjaya. 

"Saya tak ada perancangan apa-apa lagi untuk kerjaya selepas habis program AF Megastar ini.

"Sebab memang saya tak suka nak aturkan apa yang perlu dilakukan. Takut nanti kalau rancang tapi tak tercapai, saya akan rasa marah. 

"Bagi saya, biarlah karier seni saya berjalan secara terus-terusan," kata Bob kepada mStar Online. 

Bob tampil dengan single terbaru hasil ciptaan Hafiz Hamidun berjudul Terbuang Dalam Pelukan.

Sementara itu, Bob memberitahu rezeki dia tidak pernah putus sepanjang 13 tahun berada di industri seni biarpun jarang kelihatan di televisyen. 

"Mungkin orang luar terlepas pandang, 13 tahun saya berada dalam industri ini. Tapi rezeki saya tidak pernah putus. 

"Memang ada yang tertanya-tanya mana saya. Sudah tidak menyanyi ke? Sebab saya jarang keluar di TV. 

"Namun peminat yang mengikut media sosial saya, mereka tahu apa aktiviti seni saya," ujarnya. 

Dalam pada itu, Bob meluahkan rasa syukur dapat berada di pentas akhir AF Megastar biarpun tidak menjadi juara pada malam tersebut. 

"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dipilih untuk berada di pentas akhir. Semua yang terpilih ini memiliki kekuatan masing-masing

"Janji orang tahu setiap persembahan dan lagu saya itu adalah diri saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bob Yusof , AF Megastar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan