Anak Syamsul Kena Demam Panas

Diterbitkan: Selasa, 24 Oktober 2017 6:15 AM

Anak sulung Syamsul dan Puteri Sarah mengalami demam panas sehingga dimasukkan ke hospital.

(Ubah saiz teks)

ANAK sulung pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Syaikhul Islam dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu selepas mengalami demam panas.

Bagaimanapun Syamsul, 33, ketika dihubungi mStar Online pada Isnin memberitahu anaknya kini sudah kembali sihat.

"Alhamdulillah, syukur dah sihat," kata Syamsul secara ringkas.

Syamsul, 33, diminta mengulas foto anaknya kelihatan sakit yang dimuat naik oleh isterinya, Puteri Sarah pada Jumaat lalu.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Syaikhul yang kini berusia enam bulan mengalami batuk berkahak dan demam panas.

Foto yang dimuat naik Sarah mendapat perhatian pengikutnya di Instagramnya.

"Pagi semalam (19 Oktober) batuk berkahak, malam badan panas naik mendadak. Bagi makan ubat dah ok sikit tapi menangis tak berhenti.

"Tidur nak kena peluk sentiasa. Tiba-tiba pukul 12 malam merengek menggigil suhu 38.6! Nasib baik cepat-cepat bawa pergi hospital.

"Check suhu Syaikhul dah 39.9. Doktor masuk ubat ikut buttock. Ambil darah, meraung Syaikhul kena cucuk," kata Puteri Sarah.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya mendoakan kesihatan anak pasangan tersebut.

Menurut Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 31, anaknya tidak mengalami sebarang penyakit kronik.

Sarah juga meluahkan rasa bimbang dengan suhu badan Syaikhul yang akan meningkat naik pada waktu tengah malam.

Foto Datuk Yusof melawat cucunya di hospital pada petang Ahad dimuat naik Mohd Noor Kadir yang turut ada bersama. 

"Sampai pukul 2.40 pagi tunggu keputusan. Alhamdulillah, Syaikhul tak ada penyakit kronik ke apa. Cuma demam panas," ujarnya.

Sementara itu, menerusi Instagram penerbit Mohd Noor Kadir juga sempat menziarahi cucu pengarah Datuk Yusof Haslam itu.

"Atuk sayang cucu. Menemani DYH (Datuk Yusof Haslam) menziarahi cucunya (anak Syamsul Yusof) yang sakit di Hospital Pantai, Ampang, KL petang semalam (22/10/17)," kata Mohd Noor.

Tags / Kata Kunci: Syamsul Yusof , Puteri Sarah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan