Saharul Ridzwan Dah Tak Ada ‘Job’?

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 6:00 AM

Saharul Ridzwan

(Ubah saiz teks)

AKTOR Saharul Ridzwan menafikan dakwaan dia kini kurang mendapat tawaran berlakon selepas jarang kelihatan di televisyen.

Saharul, 28, berkata, tawaran masih sama seperti dahulu, namun dia mengakui lebih memilih sesebuah naskhah demi kepuasan sebagai pelakon.

"Ramai juga yang bertanya saya sudah tiada job ke sekarang, mungkin sebab mereka lama tidak nampak saya di televisyen.

"Setiap hari saya ada kerja dan tawaran sama sahaja cuma drama-drama saya belum keluar lagi. Selain itu saya akui sekarang saya lebih memilih skrip dan jalan cerita," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon Hati Perempuan ini berkata, dia mencari kepuasan dalam lakonan dan mengelakkan daripada membawa watak yang klise.

Saharul akui perlu membahagikan masa kerja dan keluarga.

Kepuasan berlakon membuatkan dia lebih bersemangat untuk datang ke lokasi penggambaran.

"Saya sekarang cari kepuasan dan tidak mahulah watak yang sama sahaja. Ada satu masa saya rasa malas nak pergi kerja sebab tiada semangat.

"Saya faham kenapa ada pelakon yang buat cerita pendek atau filem indie tanpa mengambil kira bayaran yang mereka dapat," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak menolak drama-drama berunsurkan cinta, namun biarlah memainkan watak-watak yang pelbagai dan mencabar lakonannya.

Dalam pada itu, Saharul berkata, selepas berkahwin, dia juga terpaksa mengambil kira soal masa bersama keluarga.

"Kalau dulu saya boleb ambil job siang malam dan tidak kisah tentang rehat. Tapi sekarang sudah ada keluarga dan anak, saya perlu bahagikan masa untuk mereka juga," ujarnya.

Saharul melangsungkan perkahwinan dengan Qaabila Deena pada 16 September tahun lalu. Pasangan ini menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun lalu.

Tags / Kata Kunci: Saharul Ridzwan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan