Luahan Adik Benjy Menyentuh Hati - Berita Hiburan | mStar

Luahan Adik Benjy Menyentuh Hati

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 6:30 AM

Benjy dikenakan hukuman penjara selama 11 tahun atas kesalahan memiliki dadah.

(Ubah saiz teks)

LUAHAN anak perempuan Allahyarham Azean Irdawaty iaitu Elza Irdalynna berhubung hukuman penjara selama 11 tahun dikenakan terhadap pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atas kesalahan memiliki dadah menyentuh perasaan apabila dia memberitahu tetap menyayangi abangnya itu.

Elza menerusi kenyataan terbuka di Twitter berkata, Benjy tetap darah dagingnya walaupun abangnya itu telah melakukan kesalahan dan sebagai adik dia tidak menghukumnya kerana perbuatan itu.

"Saya tidak menghukum Ben (panggilan untuk Benjy) kerana kesalahannya. Saya sayangkannya sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai keluarga saya.

"Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk menebus kesalahannya dan sebagai adik saya akan tetap berada di sini sehingga ke akhirnya," tulis Elza.

Elza tetap menyayangi abangnya walauapapun yang terjadi. Foto Fail BERNAMA

Benjy Meringkuk 11 Tahun Dalam Penjara

Pada 18 Oktober lalu, Benjy, 38, dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah jenis methaphetamine.

Benjy turut dikenakan denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) atas kesalahan itu.

Dia ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April lalu.

Dalam pada itu, Elza turut mengingati peristiwa apabila Benjy sebagai seorang abang yang banyak berkorban demi menjaganya dan adik mereka, Inessa Irdayanty ketika mereka masih kecil.

Luahan Elza mengenai abangnya di Twitter menyentuh perasaan.

"Dia adalah abang yang menjaga saya dan adik ketika ibu bapa kami keluar bekerja. Sejak kecil dia sentiasa menjadi ketua keluarga dan berkorban masa bersama rakan-rakannya demi menjaga kami.

"Ben, untuk semua kelemahan dan keputusan yang salah, tetap abang saya. Dia mempertahankan apabila saya memerlukannya, dia adalah pelindung adik-adiknya.

"Saya rasa lebih berani apabila tahu dia adalah abang saya. Ben, untuk kesalahannya, dia tetap ahli keluarga saya.

"Tidak kira berapa tahun, bukan 14 atau 11. Ia tidak akan memisahkan ikatan kami adik-beradik," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: Benjy , Elza Irdalynna , Azean Irdawaty
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan