Aliff Syukri Kedekut? Astro Jawab

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 3:13 PM

(Ubah saiz teks)

PERTANDINGAN AF Megastar baharu sahaja melabuhkan tirai pada malam Ahad namun ramai mula menyatakan rasa tidak puas hati apabila hanya juara sahaja membawa pulang hadiah wang tunai manakala empat lagi finalis pulang dengan tangan kosong.

Sasaran rasa tidak puas hati itu ditujukan terus kepada penaja utama pertandingan itu, D'Herbs milik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila ramai pihak menuduhnya sebagai kedekut.

Berang dengan tuduhan itu, Aliff memuat naik status di Instagram dan menjelaskan walaupun dia menaja jutaan ringgit kepada program itu namun dia tidak mempunyai hak bagi menentukan hadiah kepada pemenang.

"Jangan salahkan saya... kalau anda rasa hebat sangat, anda sahaja yang taja!

"Saya menaja berjuta-juta (ringgit)... hak hadiah semua bukan hak saya... suka-suka korang je nak kutuk saya kedekut la, bagi hadiah kat sorang pemenang je lah.

Aliff dikecam netizen gara-gara hadiah pemenang AF Megastar.

"Kau ingat AF itu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Tu rancangan Astro... ingat bila kita taja, kita boleh buat suka-suka ke apa yang kita nak?

"Saya ni bayar berjuta untuk taja jadi kalau anda semua tak tahu baik anda diam sahaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris dalam sidang medianya menjelaskan kesemua peserta yang bertanding pada malam itu mendapat hadiah masing-masing.

Bagaimanapun ia tidak disebutkan secara terbuka malah setiap minggu kesemua peserta diberikan elaun dan bukannya bertanding secara percuma.

"Kita anggap semua peserta artis profesional dan membayar mereka semua dengan jumlah sepatutnya setiap minggu.

Idayu bawa pulang hadiah RM100,000.

"Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar.

"Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah," jelasnya.

Pada pertandingan akhir itu, Idayu menerima hadiah wang tunai RM100,000 selain pakej percutian 10 hari tujuh malam untuk dua orang ke Turki selain hadiah sampingan lain berserta trofi.

Empat lagi finalis adalah Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.

Tags / Kata Kunci: AF Megastar , Datuk Seri Aliff Syukri , Astro

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan