Selepas 12 Tahun, Inilah Idayu Dapat

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 12:07 AM

Idayu membawa pulang wang tunai RM100,000 sebagai kemenangannya dalam AF Megastar. Foto CHAN TAK KONG

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Idayu menepati ramalan apabila muncul sebagai juara AF Megastar yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam, malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan pemilik nama sebenar Nur Farah Idayu Yaakob, 32, itu membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Idayu turut menerima hadiah pakej percutian 10 hari tujuh malam ke Turki untuk dua orang dan hadiah sampingan lain.

Pada pertandingan akhir itu, Idayu menyanyikan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey selain single terbaharu berjudul Selamanya ciptaan Amylea Azizan.

Persembahan memukau dari Idayu

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut hadir menyaksikan pertandingan akhir ini.

Sementara itu, trofi Ultimate Performer konsert akhir AF Megastar menjadi milik Syamel dan dia mendapat RM3,000.

Marsha pula menjadi pilihan peminat apabila memenangi Anugerah D'herbs hasil undian yang dibuat menerusi Instagram dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Peringkat akhir itu menyaksikan kesemua lima peserta perlu mendendangkan sebuah lagu pilihan sendiri dan single terbaharu mereka.

Syamel membawa pulang RM3,000. Foto: Instagram AF Megastar.

Kesemua peserta dihakimi tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Datuk Awie.

Juri profesional mewakili 60 peratus markah manakala selebihnya undian peminat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Idayu dalam ucapan kemenangannya menyifatkan ia penantian berbaloi selama 12 tahun bergelar penyanyi.

Malam kemuncak itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Joe Flizzow dan SonaOne menerusi lagi Apa Khabar dan Havoc.

Marsha menerima RM10,000 daripada penaja, Datuk Seri Aliff Shukri.

AF Megastar disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan ia dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi.

Dalam perkembangan lain, program Akademi Fantasia mencatat sejarah apabila ia diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rancangan Nyanyian Realiti Televisyen Paling Lama Berlangsung iaitu selama 14 tahun.

Sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Pengasas Malaysia Book of Records, Tan Sri Danny Ooi kepada Pengurus Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Tags / Kata Kunci: Idayu , AF Megastar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan